Tunggak, Tiang dan Puncak Amalan

Daripada Mu’az ibn Jabal r.a. (dalam sebuah hadith yang panjang): Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. . (Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 3973.)

Tunggak Amalan Ialah Islam

Dari Muaz, r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda :”Kepala atau asas agama (yang aku bawa) ini ialah Islam (melafazkan dua kalimah syahadah yang mengesahkan ) dan (dengan itu) sesiapa yang telah Islam: selamatlah dia (dunia dan akhirat)….” (Riwayat Tabrani). 

Beriman kepada Allah dan Rasulnya adalah yang amalan paling utama. Setiap amalan hendaklah dilakukan kerana Allah. Tanpa iman, amalan tidak bernilai dan amalan yang dilakukan oleh golongan kafir adalah umpama debu yang berterbangan. 

Furqan [23] Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

Solat Tiang Agama

Rasulullah saw bersabda “Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya dia menegakkan agama, sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.. “Siapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya dia telah kufur dengan nyata”.-(HR Bukhari dan Muslim)..

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

Jihad Kemuncak Agama. 

Berjihad adalah bertujuan untuk meninggikan agama Islam, mendaulatkan atau menegakkan undang-undang, perintah, hukum Islam dan mempertahankan negara Islam daripada serangan musuh. Jihad hanyalah untuk Allah semata-mata, tidak ada jihad untuk mempertahankan bangsa. 

 

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Tunggak, Tiang dan Puncak Amalan”

  1. Tanpa Nama Says:

    nice blog bro (Y)


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: