Angin Urusan Kerajaan Allah SWT

Angin itu termasuk urusan Allah yang datang membawa rahmat dan kadangkala membawa azab. Jika kamu melihat angin kencang , janganlah kamu memakinya , tetapi mintalah kepada Allah kebaikannya dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatannya (yakni kebaikan angin tersebut dan dijauhkan kejahatan/keburukan angin tersebut). [Hadith Riwayat Abu Dawud no.5097 , Ibnu Majah no.3727 , lihat Shahih al-Adzkar no.521/381] 

Angin adalah urusan kerajaan Allah yang datang bersama perintah samada untuk membawa rahmat atau membawa azab. Janganlah mengatakan “cuaca buruk” kerana ia adalah urusan Allah, sebaliknya sebutlah cuaca redup atau hujan lebat atau angin kencang.

Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Anbiya:81) Dalam ayat yang lain pula diceritakan tentang angin yang sepoi-sepoi (perlahan)….Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya; (Sad:36)

Kedua-dua jenis angin ini berkhidmat untuk Nabi Sulaiman. Angin yang kencang itu untuk mengangkat Nabi Sulaiman ke atas (seperti kapal terbang yang bergerak laju ketika hendak berlepas dari bumi untuk naik ke atas udara). Manakala angin yang perlahan itu digunakan setelah Baginda berada di atas untuk membawanya bergerak (seperti kapal terbang yang bergerak perlahan telah berada di udara). Mungkin saintis Barat menggunakan konsep ini untuk menghasilkan teknologi dalam penciptaan kapal terbang atau enjin kereta. 

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu …… suara sudah ditinggikan di dalam masjid-masjid, …. maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. (Riwayat Tarmizi)


Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik – mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

(Dan pada satu riwayat yang lain: “Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: