Berita Gembira Kepada Pembunuh Para Nabi

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, serta membunuh orang-orang yang menyeru manusia supaya berlaku adil maka sampaikanlah berita yang menggembirakan mereka, dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Ali-Imran:21) Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan. (Ali-Imran:22)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu adalah benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?. (Al-Baqarah:91)

Ketika Rasulullah sa.w. berdakwah dan menyeru golongan Yahudi di Madinah supaya beriman kepada Al-Quran. Mereka mengatakan bahawa mereka hanya bertaklid atau patuh kepada kitab yang telah diturunkan kepada mereka sahaja iaitu Taurat dan Injil. Mereka kufur dan enggan bertaklid atau patuh kepada ajaran Al-Quran, sedangkan Al-Quran adalah benar, malah Al-Quran mengesahkan, membenarkan dan memperakui apa yang terkandung di dalam kitab-kitab mereka.

Sebenarnya kepatuhan mereka terhadap kitab mereka adalah tidak benar, kerana jika benar mereka beriman kepada kitab yang diturunkan kepada mereka, mengapa mereka membunuh 70 orang rasul-rasul mereka. Yang sebenarnya, mereka hanya beriman kepada hukum yang mereka ingini sahaja, dan mengatakan bahawa yang lain adalah tidak secocok dengan zaman mereka.

…….Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (Baqarah:87)

Antara rasul yang mereka bunuh ialah Nabi Zakaria dan anaknya Nabi Yahya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: