Berdoa Dengan Yakin, Fokus dan Beradab

Sabda Rasulullah s.a.w.:“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan (diterima). Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

Jangan boring dalam berdoa. Rasulullah SAW bersabda: Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku. (riwayat Imam al-Bukhari)

Cepat atau lambat sesuatu doa itu dimakbulkan (diterima) bergantung kepada Allah dan banyak atau sedikit dosa yang dilakukan oleh seseorang itu. Ada orang yang bertaubat selama 30 tahun baru Allah terima taubatnya itu. Nabi Musa juga berdoa selama 30 tahun kemudian barulah Firaun dimusnahkan.

Ada juga doa yang tidak diterima semasa di dunia ini tetapi diberi pahala di akhirat nanti. Ketika itu orang yang doanya diterima berkata “alangkah baiknya jika doa aku tidak diterima dulu”

Jagalah makan minum dan adab berdoa, agar doa kita diterima. Rasulullah menyebutkan berkenaan seorang lelaki yang melakukan perjalanan yang jauh, yang kusut rambutnya lagi berdebu, dia menadahkan tangannya ke langit sambil (berkata): “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku (berdoa), (padahal) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram,bagaimana doanya itu hendak dimakbulkan?”(Hadis riwayat Muslim)

Doa diterima bila “yang ada jadi tiada” (contohnya penyakit disembuhkan) atau “yang tiada jadi ada” (contohnya diberikan rezeki). Semuanya berlaku dengan izinnya dan bukan secara kebetulan. Orang kafir berjaya bukan kerana doa mereka diterima tapi sebab Allah telah menentukan bahagiannya (kecuali kafir yang teraniaya).

Ar-Ra’d [14]…dan tiadalah ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan.

Tertib dalam berdoa ialah 1) Puji Allah (Al-hamdulillah… 2)Selawat ke atas Nabi 3) Mintalah apa apa hajat atau doa 3) Selawat ke atas Nabi 4) Puji Allah. Berdoalah antara dua selawat kerana Selawat itu penembus hijab doa ke langit.

Daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata:“Setiap doa itu terhalang sehinggalah diucapkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.” (Hadis riwayat Ad-Dailami)

Adab Berdoa

Berdoa secara senyap (perlahan) dan khusyu’ Allah terima dan lebih afdal. Allah bukan pekak atau tuli kata Nabi, Tuhan sentiasa bersama kamu:-

Wahai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang gaib, sesungguhnya kalian sedang berdoa kepada Tuhan Yang maha Mendengar lagi Maha Dekat; Dia selalu bersama kalian (Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)

Doa secara perlahan dan cakap perlahan itu satu penghormatan. Orang yang merendahkan suara itu lebih bertaqwa dan mendapat keampunan dan pahala.

Sunnah Nabi berdoa pendek dan kemas (padat) seperti (Rabbana atina fiddunya hasanah…)“

Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyukai doa yang menyeluruh maknanya dan dia tinggalkan selain daripada itu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Doa yang paling banyak Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam baca sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu berkata maksudnya :“Adalah doa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang terbanyak sekali (Baginda baca ialah): “Ya Allah! Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami daripada azab api neraka.”

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: