Hari Yang Tiada Syak

Ali-Imran [25] Oleh itu bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang dia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya.

Qiyam bermaksud bangkit. Hari Kiamat adalah hari kebangkitan semula setelah semua makhluk dimatikan. Hari Kiamat juga dikenali sebagai “Hari yang tiada syak padanya”. Manakala “Hari yang diyakini” ialah hari kematian sesorang, seperti firman Allah, Al-Hijr [99] Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin. Mereka yang mengamalkan ilmu sesat mengatakan tidak perlu lagi sembahyang setelah yakin kepada tuhan, sedangkan ayat ini menyuruh kita beribadat hinggalah ke hari kematian yang juga dikenali sebagai “hari yakin”.

Pada hari yang tiada syak itu, matahari berada seolah-olah sebatu (di atas kepala), panas yang tidak terperinya seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang dikeluarkan oleh Imam Muslim (sanad hadith tersebut sahih). Namun ada juga golongan yang dilindungi daripada kepanasan dan bagi mukmin kesusahan menunggu di sana cuma seperti susahnya menunggu masuk waktu untuk sembahyang berjemaah.

Pada hari yang tiada syak itu, manusia lemah seperti anak kambing dan perlu dipapah (Riwayat Tirmidzi). Allah menghantar malaikat untuk membawa manusia ke Mahkamah Allah untuk dibicarakan. Setiap Manusia di sertai 2 malaikat:

Qaf [21] Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;

Pada hari yang tiada syak itu, manusia bertelanjang bulat kecuali mereka yang diberi pakaian. Dari Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Dihimpunkan manusia di padang Mahsyar pada hari qiamat dengan keadaan berkaki ayam bertelanjang dan berkulup” Aisyah berkata: Ya Rasulullah! “Adakah orang-orang perempuan dan lelaki semuanya melihat satu sama lain?” Nabi s.a.w. menjawab: “Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pada – masa itu menghalang masing- masing daripada melihat satu sama lain.

Daripada satu riwayat oleh al-Nasa’i dan al-Haakim dari Aisyah, r.a., katanya: Aku bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana pula keadaan aurat?” Nabi s.a.w. menjawab: Tiap-tiap seorang pada masa itu cukup sibuk dengan hal menjaga keselamatan dirinya sahaja.”

Bila sudah sibuk dengan problem masing-masing tidak ada masa untuk melihat yang lain. Melihat itu dan ini cuma boleh dilakukan bila ada masa saja.

Pada hari yang tiada syak itu keadaan sangat dahsyat dan teruk sehingga tidak sempat melihat itu ini, seperti dalam surah Abasa:

[34] Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,

[35] Dan ibunya serta bapanya,

[36] Dan isterinya serta anak-anaknya;

[37] Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: