Janganlah Dilalaikan Oleh Kemanisan Dunia

Dari Abu Said al-Khudri, r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda “Sesungguhnya dunia ini manis dan indah dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu wakil menguruskan apa yang ada padanya, maka dengan itu ia sentiasa memerhati bagaimana cara kamu menjalankan urusan itu; oleh itu hendaklah kamu menjaga diri dari keburukan yang disebabkan oleh dunia, dan khasnya oleh perempuan, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa kaum Bani Israel adalah berpunca dari orang-orang perempuan.” (Muslim)

Harta dan Kuasa Dunia Itu Manis

Mereka yang memiliki kelebihan samada dari segi kekuasaan (politik) atau kekayaan (harta) boleh menggunakannya samada untuk beribadah (taat) kepada Allah SWT atau digunakan untuk maksiat. Selain itu, Syurga juga dipenuhi dengan orang miskin walaupun orang kaya lebih mudah untuk memasukinya (melalui hartanya). 

Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin.

Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya harta itu manis lagi menawan. Sesiapa yang mengambilnya dengan cara yang benar, diberkati padanya,” (Sebahagian hadis Riwayat Ahmad)

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh baginda. Kemudian baginda bersabda,:”Harta itu lazat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang. Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”(Muslim)

Jangan Dilalaikan

Fatir [5] : Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka). 

Luqman [33] : ………. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, .maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia….

Al-Munafiqun [9] Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Anak-pinak dan harta benda itu adalah ujian dan ia boleh menjadi musuh kalau tidak dijaga.

At-Taghabun[15] Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Al-An’am [165] Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: