Apa Disebalik Solat?

Dalam Sembahyang, kita berhubung secara terus dengan Allah SWT. Dalam sembahyang, kita meninggalkan segalanya demi untuk menghadap Allah SWT. Dalam sembahyang kita berkata-kata dengan Allah. Dalam sembahyang, kita berdiri tegak sebagai tanda penghormatan kepada Raja segala Raja. Dalam sembahyang, kita melafazkan takbir Allahuakbar sebagai satu lafaz mendaulatkan Allah yang Maha Besar, yang Maha Hebat (Allah is the greatest). Dalam sembahyang, kita mengangkat tangan ketika bertakbir sebagai tanda bersalah dan menafikan bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah. Dalam sembahyang, kita rukuk dan sujud untuk menghinakan diri dihadapan Allah yang Maha Agung. Dalam sembahyang, kita bertahiyyat dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim A.S. Khalilullah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya ….. (diriwayatkan oleh Imam Ahmad). 

Dalam budaya orang Arab, mereka mengangkat tangan bila menafikan sesuatu. Dalam sembahyang kita mengangkat tangan semasa takbir bagi menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Semasa di dunia manusia rukuk dalam sembahyang untuk menundukkan muka sebagai menunjukkan tanda kehinaan mereka kepada Allah. Di hari kiamat juga mereka akan menundukkan muka mereka:

Taha [111] Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman.

Taha [112] Dan sesiapa yang mengerjakan sebarang apa dari amal-amal yang soleh, sedang dia beriman, maka tidaklah (seharusnya) dia merasa takut dianiaya atau dikurangkan sedikitpun dari pahalanya.

Semasa di dunia manusia sujud dalam sembahyang. Di hari kiamat, test pertama mereka ialah mereka disuruh sujud kepada Allah. Hanya mereka yang pernah sujud semasa di dunia mampu sujud di sana…

Al-Qalam [42] (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;

Al-Qalam [43] Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: