Selawat Ke atas Nabi Ibrahim

Dalam sembahyang, kita bertahiyyat dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Ibrahim A.S. Khalilullah. Nabi Ibrahim berjaya dalam ujian Allah SWT sejak dari kecil hinggalah ke akhir hayatnya. Nabi Ibrahim dihalau oleh bapanya dari rumah dan dibakar oleh pemerintah ketika itu kerana mempertahankan tauhid ketuhanannya. Nabi Ibrahim juga sanggup menyembelih anaknya kerana agama. Nabi Ibrahim juga sanggup meninggalkan anaknya. Nabi Ibrahim jugalah yang membina Kaabah dan menyeru manusia menunaikan haji. Nabi Ibrahim berjaya melepasinya semua ujian Allah swt ke atasnya. Hasil daripada perjuangannya Baginda diberi pangkat Khalilullah (sahabat rapat Allah), yang rendah sedikit dari Habibullah (kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w).

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya….(Baqarah:124)

Dihalau Dari Rumah

Semenjak dari kecil lagi Nabi Ibrahim telah diuji. Bapanya seorang tukang pembuat berhala dan memakan hasil jualan berhala. Baginda disuruh menjual berhala oleh ayahnya. Baginda menjual berhala sambil mengatakan “siapa yang nak beli benda tak berfaedah ni”. Juga direndam dan dicelupnya berhala itu ke dalam air dan meminta berhala itu tunjukkan kekuasannya melepaskan diri.

Dan (ingatlah) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.(Al-Anaam:74)

Bapanya menghalau baginda dari rumah kerana bencikan berhala.

Maryam [46] (Bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa

Lalu Nabi Ibrahim meninggalkan bapanya:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi ibrahim berkata kepada bapanya dan kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah;( Az-Zukhruf:26)

Dibakar Dalam Api

Suatu hari kaumnya mengajak Nabi Ibrahim untuk menghadiri suatu majlis puja semangat. Nabi Ibrahim memandang kepada bintang yang juga merupakan tuhan kaumnya pada masa itu lalu berkata:

Kemudian dia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit). (Saafat:88) Lalu berkata: Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama). (Saafat:89)

Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia. (Saafat:90)

Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): Mengapa kamu tidak makan? (Saafat:91) Mengapa kamu tidak menjawab? (Saafat:92)

Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). (Saafat:93) (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. (Saafat:94)

(Bagi menjawab bantahan mereka), dia berkata: Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? (Saafat:95) Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu! (Saafat:96) (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu. (Saafat:97) Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya). (Saafat:98)

Namun Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah swt yang menyejukkan api dan menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kesejukkan itu.

Anbiyaa [69] Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.

Diperintahkan Menyembelih Anak

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. (Saafat:102)

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). (Saafat:103)

Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! (Saafat:104) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. (Saafat:105)

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. (Saafat:106) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. (Saafat:107)

Ketauhidan Nabi Ibrahim

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata. (Al-Anaam:74) Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (Al-Anaam:75)

Mencari Tuhan

Maka ketika dia berada pada waktu malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Kemudian apabila bintang itu terbenam, dia berkata pula: “Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang”. (Al-Anaam:76)

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: “Inikah Tuhanku?” Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: “Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat”. (Al-Anaam:77)

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: “Inikah Tuhanku? Ini lebih besar”. Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). (Al-Anaam:78)

Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). (Al-Anaam:79)

Berbahas Dengan Kaummya

Dan dia dibantah oleh kaumnya, dia pun berkata: Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Dia telah memberi hidayat petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran? (Al-Anaam:80)

Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui? (Al-Anaam:81)

Pembinaan Kaabah dan Seruan Haji
Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud. (Baqarah:125)

Setelah Nabi Ibrahim membina Kaabah dan tawaf sebanyak tujuh kali dan Allah s.w.t mewahyukan kepadanya supaya menyeru kepada manusia untuk mengerjakan haji.

AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh

Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah “Wahai Tuhanku, sampai ke manalah suara aku? FirmanNya: “Hai Ibrahim! Tugas engkau menyeru dan aku akan menyampaikannya.

Maka naiklah Nabi Ibrahim ke atas Jabal Qubais, (ada yang kata di Safa, ada yang kata di atas batu maqam Nabi Ibrahim) dan menyeru ” Ya ibadallah(hamba Allah)! Sesungguhnya tuhan kamu telah membina rumah dan menyuruh kamu mengerjakan haji, maka datanglah kamu untuk mengerjakan haji.” Maka Allah memperdengarkan kepada semua yang ada di bumi. Lalu dijawab oleh manusia, jin, batu, kayu, bukit, pasir, tiap yang basah dan kering daripada Masyriq dan Maghrib, dan yang ada di dalam perut ibunya dan sulbi bapanya:

Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku! Tiada sekutu bagiMu, Aku menyahut seruanMu,wahai Tuhanku!Sesungguhnya segala pujian dan kenikmatan bagiMu dan juga kerajaan, tiada sekutu bagiMU.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: