Hasil Dari Ketakwaan

Golongan muttaqin (bertakwa) dipermudahkan urusannya, diberi jalan keluar kesulitan, tidak bersedih atau bimbang dan akhirnya disediakan baginya dua syurga sebagai tempat kediaman. Mata yang menangis kerana takut kepada Allah tidak disentuh api neraka. Penduduk negeri atau negara yang bertakwa dikurniakan rezeki yang berkat. At-Talaq [2]…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)… At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya… Yunus[62] Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. Yunus [63] (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa An-Naaziat [40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya,(untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; An-Naaziat [41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. Qaf [31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka) As-Syuara [90] Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa... Ar-Rahman [46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi). Al-A’raf [96] Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi…  Bumi akan menjadi lebih subur dan makmur sekiranya manusia beriman dan bertakwa iaitu percaya dan melakukan apa yang Allah kehendaki dan meninggalkan apa yang Allah larang. Langit pula aka menurunkan hujan pada waktu malam untuk menyuburkan bumi ini sepertimana sabda Baginda:

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Sekiranya hambaKu mentaatiKu, Aku akan menurunkan kepada mereka hujan pada waktu malam dan sinar matahari pada waktu siang, dan tidak akan memperdengarkan kepada mereka bunyi guruh” (Riwayat Imam Ahmad).

Menurut hadith di atas, jika penduduk sesuatu tempat itu beriman dan bertakwa, Allah tidak akan memperdengarkan bunyi guruh kepada mereka. Suara petir iaitu guruh adalah menakutkan dan sangat menyakitkan. Semakin hampir kita ke akhir zaman, semakin banyak kejadian ribut petir dan suara guruh kedengaran, walaupun di kota suci Mekah (mungkin ada sesuatu yang tidak kena di sana). Selain itu hujan hanya turun pada waktu malam sahaja dan tidak menjejaskan aktiviti mereka di siang hari.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: