Jangan Meremehkan Dosa dan Pahala Walaupun Sedikit

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya dosa-dosa kecil, atau remeh apabila disoal kepada orang yang melakukannya,  maka binasalah dia (Haqaiqus Sunan 1/156 dan Taudhihus sunan 1/205).Lakukanlah sesuatu yang diredhai Allah walaupun sedikit kerana jika Allah menyukai sesuatu tindak-tanduk kita yang sedikit itu, ianya sudah mencukupi untuk mendapat keredaan Allah yang sangat besar.

At-Taubah [72] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

Rasulullah saw. bersabda, “Senyummu di muka saudaramu adalah sedekah, mengajak kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran adalah sedekah, menunjukkan jalan kepada seseorang yang tersesat jalan adalah sedekah; dan engkau menyingkirkan batu, duri dan tulang dari jalan merupakan sedekah bagimu (Riwayat Bukhari).

Senyuman mampu mengeratkan hubungan sesama manusia. Namun senyuman yang dimaksudkan di sini adalah sesama jantina. Begitu juga amalan memberi salam. Berilah salam terutamanya kepada sesama Islam dan sesama jantina kerana salam menimbulkan kasih sayang. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Muslim tentang salam. “Kamu tidak akan masuk syurga, sehingga kamu beriman. Kamu tidak akan beriman, sehingga kamu saling menyayangi. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu semua, sesuatu yang dengan melakukannya, maka akan wujud rasa sayang-menyayangi? Tebarkan salam”

Menunjukkan jalan atau membuat sign board juga adalah satu sedekah.

Begitu juga membuang duri atau halangan di tengah jalan.

Rasulullah SAW bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak menggangu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)

Membuang duri dari jalan juga diampuni dosa. Dalam hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah RA. “Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah Mengampunkannya” [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin, dosa kecil yang paling tinggi adalah dosa seorang lelaki melihat perempuan (yang bukan mahramnya).

Dosa-dosa kecil ini jika disoal dengan terperinci oleh Allah s.w.t.di hari kiamat ini, maka binasalah (terseksalah) orang yang melakukannya dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Misalnya jika Allah menyoal kita mengapa kita menonton rancangan televisyen yang tidak sepatutnya ditonton.

Berkata Siti Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Aisyah, jauhi diri kamu daripada dosa-dosa kecil (lekeh) sesungguhnya dosa seperti itu ada tuntutan (pertanyaan) daripada Allah swt  (Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, Ad Darami, dan Al Baihaqi Fisyu’bil Iman) 

Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan terseksa”.Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya terseksa.” (Muslim)

————————————————————————————————————————————————————————

© nasbunnuraini.wordpress.com (2006 – 2011) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nasbunnuraini.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nasbunnuraini.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nasbunnuraini.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: