Sembahyang 4 Mazhab Semuanya Mengikut Cara Nabi

Rasulullah s.a.w. bersabda : “ Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku bersolat.” (Hadis Sahih, riwayat Bukhari no. 631 dan Ahmad no. 53 Jilid 5). Kita tidak dapat melihat bagaimana Baginda Mulia bersolat, namun kita dapat membaca atau melihatnya  di dalam hadith. Cara solat Nabi dari segi pergerakan dan bacaan berubah-ubah sejak dari mula-mula Baginda menjadi Rasul hinggalah agak berusia. Keempat-empat Mazhab mengambil cara Baginda bersolat samada cara permulaan, pertengahan atau yang terakhir.

Mazhab-mazhab mempunyai beberapa perbezaan dalam perbuatan dan bacaan Solat, antaranya.

Lafaz Takbir

Dalam mazhab Syafie cuma boleh menggunakan lafaz “Allahuakbar”. Dalam mazhab Hanafi boleh menggunakan lafaz selain Allahuakbar seperti “Allahu Kabir”, “Allahul Azim”, “Allahul Ajal” (yang bermaksud Allah maha besar, maha agung). Walaubagaimanapun makruh menyebut selain “Allahuakbar”. 

Dalam mazhab Syafie, Hambali, Maliki, lafaz Allahuakbar adalah sebahagian dari solat. Dalam mazhab Hanafi, lafaz Allahuakbar adalah di luar solat, prasyarat kepada solat.

Posisi Meletakkan Tangan

Terdapat 4 cara meletakkan tangan semasa solah iaitu di dada (Imam Syafie), di bawah dada dan di atas pusat (ulama mazhab Syafie), di bawah pusat (mazhab Hanafi) dan membiarkan tangan lurus ke bawah iaitu tidak meletakkan tangan di mana-mana (mazhab Maliki).

Perbuatan meletak tangan samada pada dada atau di atas pusat atau di bawah pusat adalah sebagai tanda penyerahan anggota kepada Allah SWT.

Berapa Kali Lafaz Salam Yang Wajib

Mazhab Hanafi dan Hanbali adalah dua (2) kali iaitu ke kanan dan ke kiri. Mazhab Maliki dan Syafi’i, adalah sekali sahaja iaitu ke kanan.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: