Taat Kepada Allah dan Rasul, Jangan Engkar

Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Ali-Imran: 32) Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Sesiapa yang taat kepada ku maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah, dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah.…”(Bukhari dan Muslim)Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Sekelian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.”…Sahabat-sahabat baginda bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?”…Baginda menjawab, “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga, dan sesiapa yang durhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (HR Bukhari ))

Apa yang disuruh oleh Allah s.w.t, itu jugalah yang disuruh oleh Nabi, begitu juga dengan perkara yang dilarang, maka sesiapa yang taat kepada nabi juga taat kepada Allah s.w.t:

An-Nisaa[80] Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah

Ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan secara mutlak (penuh) dan ianya tidak bersyarat. Apabila Allah dan Rasul memerintahkan agar melakukan sesuatu maka kita tidak mempunyai pilihan lain dan tidak boleh memberikan sebarang alasan.

Golongan kafir cuba melaga-lagakan antara Allah dan Rasul. Mereka cuba memecahkan antara hukum Allah dan Rasul dengan beriman kepada sebahagian hukum dan tidak beramal dengan sebahagian hukum.

Sebenarnya tidak ada beza diantara hukum Allah dan hukum daripada Rasul kerana sesiapa yang mentaati Rasul telah mentaati Allah.

Mereka yang cuba mencari jalan tengah di antara jalan Allah dan jalan Rasul ini adalah kafir yang asli. Mereka merasakan hukum Allah dan Rasul tidak sesuai untuk zaman mereka sebaliknya mengiktiraf hukum yang dibuat sendiri yang bertentangan dengan kedua-duanya.

Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina. (An-Nisaa: 151)

Mereka hanya patuh kepada hukum Allah yang diingini sahaja dan mengatakan apa yang dibawa oleh Rasul tidak secocok.

Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? (Baqarah:87)

Dalam melaksanakan hukum Allah, kita diberi pilihan misalnya jika tidak mampu sembahyang berdiri kerana uzur, boleh sembahyang secara duduk, jika tidak mampu juga boleh sembahyang sambil baring atau tidur. Jika tidak dapat berjemaah di masjid boleh sembahyang secara individu.

Taghabun [16] Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu….

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Nisaa: 152)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: