Formula Ketenangan Hidup

1) Lazimkan atau banyakkan berada di masjid 2) Sembahyang sunat apabila dilanda masalah 3) Bersedekah dengan ikhlas tanpa mengungkit-ungkit 4) Tenangkan hati dengan melihat kepada mereka yang “di bawah” 5) Banyakkan istigfar dan zikir untuk mengingati Allah dan agar diampunkan dosa yang menyebabkan kegelisahan dan diberi jalan keluar sebarang masalah yang timbul.

1) Lazimkan atau banyakkan berada di masjid 

Sesungguhnya masjid itu adalah rumah bagi setiap orang yang bertaqwa, dan sesiapa yang merasakan masjid itu adalah rumahnya, Allah menjaminnya mendapat rahmat dan ketenangan,  serta melintasi titian sirat menuju keredhaan Allah di dalam Syurga” (Riwayat Tabrani).

Apabila fitnah berleluasa iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk (berada) di dalam masjid. Di akhir zaman, apabila umat sudah rosak dan berlaku banyak fitnah iaitu agama berada dalam keadaan huru hara, lazimkanlah duduk di dalam masjid kerana syaitan tidak masuk dalam masjid (tidak banyak syaitan yang masuk berbanding di luar masjid). Lagipun dalam masjid banyak terdapat majlis ilmu dan peringatan.

Dalam satu hadith disebut, syaitan adalah merupakan serigala bagi manusia, seperti serigala yang menangkap kambing biri-biri yang terpencil dari kumpulannya. Begitu juga syaitan dengan manusia. Oleh itu hendaklah kamu sentiasa dengan kumpulan orang yang ramai, berjemaah dan menghadiri masjid dimana di situ terdapat nasihat-nasihat, tunjuk ajar tentang apa yang perlu dilakukan.( Masnad Imam Ahmad dari Mu’az bin Jabal – Jame’ Soghir 1/308 )

Rasulullah s.a.w. bersabda “Masjid adalah rumah setiap orang yang beriman.” (Riwayat Abu Nu’aim).

Orang yang beriman (mukmin) berada dalam masjid ibarat ikan di dalam air,  sedangkan orang yang munafik berada dalam masjid ibarat burung dalam sangkar (Hadith). Ikan di dalam air bebas berenang, burung dalam sangkar pula menunggu hendak keluar.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertanya (kepada para sahabatnya) “Adakah kamu ingin tahu tentang sesuatu yang boleh menghapuskan dosa oleh Allah s.w.t. dan mengangkat darjat (kamu?) Maka mereka menjawab “Ya, wahai Rasulullah s.a.w.” Sabda Baginda, “Berwuduklah dengan cara bersungguh-sungguh ketika kesejukan, dan banyakkanlah langkah menuju  ke masjid-masjid (untuk sembahyang), menanti sembahyang selepas sembahyang adalah jihad“.

2) Sembahyang sunat apabila dilanda masalah

Ar-Ra’d [28]…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia..  Ta-Ha [14] .. dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ini sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati. Solah merupakan penyejuk hati Rasulullah s.a.w.

“Dijadikan kesejukan mata hatiku dalam sembahyang.”

Ketika Rasulullah s.a.w. dilanda masalah, baginda menyuruh Bilal melakukan iqamah untuk didirikan solah. 

Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad).

Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)

Baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah r.a.:Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.” (al-Hadith)

3) Bersedekah dengan ikhlas tanpa mengungkit-ungkit. 

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Baqarah:262)

4) Tenangkan hati dengan melihat kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Hadis riwayat Syaikhani melalui Abu Hurairah r.a. “Apabila seseorang daripada kamu melihat orang lain mempunyai kelebihan dari segi harta benda dan tubuh badan, maka hendaklah dia lihatlah orang yang di bawah (kurang daripadanya)”.

Tenangkanlah hati dengan melihat “orang yang dibawah” iaitu mereka yang kurang daripada kita. Misalnya kita bermotosikal, janganlah dibandingkan dengan mereka yang berkereta, sebaliknya lihatlah mereka yang berbasikal atau berjalan kaki.

5) Banyakkan istigfar dan zikir untuk mengingati Allah dan agar diampunkan dosa yang menyebabkan kegelisahan dan diberi jalan keluar sebarang masalah yang timbul

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: