4 Kumpulan Zuriat Keturunan Manusia

Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). (Ali-Imran:33) (Mereka berkembang-biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (Ali-Imran:34)Keturunan Nabi Adam a.s.

Az-Zumar [6] Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa).

Sajadah [8] Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang. 

Keturunan Nabi Nuh

Selepas peristiwa banjir besar, cucu nabi Nuh nama Shin dihantar ke China dan cucunya bernama Hind dihantar ke India.(nama negara itu adalah sempena nama cucunya). Mengikut satu hadis dari Abdullah bin Abbas, bumi yang mula diduduki oleh manusia ialah Hindi, India. Yakjuj dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis

Keturunan Nabi Ibrahim

Bangsa Yahudi juga adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim melalui isterinya yang pertama (Sarah) yang melahirkan Nabi Ishak. Manakala Rasulullah s.a.w. adalah daripada isterinya yang kedua (Hajar) yang melahirkan Nabi Ismail. 

Keturunan Keluarga Imran

Nabi Isa pula lahir dari Siti Maryam, yang merupakan anak kepada isteri Imran. 

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Ali-Imran:35)

Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)(Ali-Imran:36)

.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: