Kisah Nazar Isteri Imran

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (35) Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki) dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Mariam dan aku perlindungkan dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (36) Nazar ialah mewajibkan sesuatu yang tidak wajib. Misalnya dengan melafazkan, Ya Allah, jika aku dapat anak perempuan aku akan berpuasa 3 hari. Dengan bernazar, seseorang telah mewajibkan sesuatu ke atas dirinya. Namun nazar hanya dibolehkan untuk perkara yang halal atau baik. Haram bernazar dengan sesuatu yang tidak baik, misalnya dengan mengatakan, “Sekiranya menang bola malam ini, aku akan minum arak 3 botol” dan tidak wajib ditunaikan nazar itu. Nazar hendaklah dilafazkan dan bukan hanya berniat di dalam hati. Dalam kisah di atas, isteri maryam menyebut, “aku nazarkan…”

Dalam kisah isteri Imran di atas, nazarnya ialah sekiranya beliau mendapat seorang anak yang “bebas” (lelaki), anak itu akan “bebas” dari melakukan urusan keluarganya dan diberikan sepenuhnya untuk berkhidmat kepada agama. Perkataan bebas atau merdeka menggambarkan anak lelaki kerana anak lelaki lebih bebas untuk bergerak ke sana ke mari dan bergaul dengan masyarakat berbanding perempuan, terutamanya sebagai seorang Rasul.

Namun program Allah mengatasi program nazar isteri Imran. Allah melakukan apa yang dikehendaki dan memberikan mereka dengan Siti Maryam yang akhirnya juga melahirkan seorang lelaki dan Rasul iaitu nabi Isa a.s. Mungkin juga tidak diberikan anak lelaki pada masa itu kerana belum ada keperluannya. 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: