Bulan Membakar Kalori Nafsu dan Detox Kejahatan

Ramadhan bermaksud bulan yang panas, tetamu yang didatangkan Allah SWT untuk membakar nafsu dan nilai-nilai buruk yang telah diterapkan oleh syaitan selama 11 bulan sebelumnya. Pada bulan ini syaitan dibelenggu untuk membantu kita melawan nafsu kerana fokus puasa adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t. Selain itu kita juga mendampingi Allah dengan meniru sifatnya yang tidak makan dan tidak minum di siang hari seperti disebut dalam hadith “Berakhlaklah atau bersifatlah dengan Sifat Allah”, walaupun hanya sekali-sekala (Bulan Ramadhan).

Rasulullah bersabda, bermaksud: “Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya (daripada syahwat).” – (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah).

Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t. Oleh itu kita hendaklah mengawal diri daripada melakukan perkara yang keji semasa berpuasa. Perangi nafsu dan berjuanglah untuk menjagalah semua disiplin-disiplin di bulan Ramadahan, selain dari makan, minum, seks, jagalah lidah, mata, telinga, anggota lain dari perkara yang sia-sia

Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah. Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah). Takut disini bukannya seperti takutkan harimau tapi takut bermakna hormat.Takut Allah murka, takut Allah tidak suka.

Al-Baqarah [183] Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Apabila seseorang itu berpuasa dia tidak makan, tidak minum dan tidak melakukan percampuran pada waktu siang hari. Tidak makan, tidak minum dan tidak mempunyai isteri juga adalah sifat para Malaikat. Puasa yang cemerlang mampu menjadikan seseorang yang berpuasa mencapai makam (status) setaraf para Malaikat. Allah s.w.t sendiri tidak makan, tidak minum dan tidak berhajat kepada isteri.

An’am [101] (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Maka orang yang berpuasa juga mampu mendampingi Allah  dengan cara meninggalkan makan, minum, percampuran pada waktu siang hari dan segala perbuatan yang boleh menaikkan nafsu samada melalui penglihatan (mata) percakapan (mulut), pendengaran (telinga) atau pergerakan (tangan dan kaki).

Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith daripada Anas)

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”. 

Pada bulan Ramadan, syaitan dibelenggu bagi memudahkan manusia berperang melawan hawa nafsu mereka. Ini kerana Syaitan berjalan dalam badan manusia melalui saluran darah dan darah pula terhasil daripada makanan yang dimakan. Syaitan hanya mengambil kesempatan atas nafsu buruk yang tercetus. Maka Allah s.w.t. telah membantu kita untuk melaksanakan ibadah puasa dengan merantai para jin dan syaitan.

 Hadith al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)“

Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: