Laluan VIP Bagi Mereka Yang Berpuasa

Dari Shal bin Sa’d radhiallahu anhu dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam, Baginda bersabda: “Di syurga ada lapan pintu. Di antaranya ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Tidak dibolehkan memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa.” (HR. Bukhari, no. 3017)

Jika di dunia terdapat laluan khas untuk para VIP menaiki pesawat atau kapalterbang, demikian juga di akhirat. Pintu Rayyan adalah pintu khas yang dikhususkan untuk mereka yang berpuasa.

Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad). 

Berbanding langit dan bumi yang mempunyai tujuh (7) lapisan, syurga mempunyai lapan (8) pintu, satu tambahan itu adalah rahmat Allah.

An-Naba [12] Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

At-Talaq [12] Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu;

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abduhu wa rosuuluh,(maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya,) akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: