Puasa dan Qiyam Ramadhan Untuk Dapat Pengampunan Allah

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)“ Sesiapa yang qiyam Ramadhan (menghidupkan malam) dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lampau”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

1) Syarat bagi puasa dan qiyam yang dilakukan adalah atas dasar iman iaitu semata-mata kerana Allah SWT atau sengaja dilakukan tanpa ada paksaan atau tujuan lain. 

2) Qiyam Ramadan bererti menghidupkan malam melalui aktiviti seperti Solat Tarawih dan bertadarus juga mendapat pengampunan dosa oleh Allah s.w.t. Solat Terawih sebanyak 20 rakaat diasaskan oleh Sayyidina Umar r.a. dan ini dilakukan bagi menggantikan sembahyang malam atau tahajjud Rasulullah sebanyak 8 rakaat pada malam bulan Ramadan. Sembahyang terawih 20 rakaat adalaha sunnah dari para Jamaah iaitu jamaah sahabat nabi dan kita adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3) Tidak salah melakukan puasa dan qiyam Ramadhan kerana mengharapkan pahala seperti disebut dalam kedua-dua hadith di atas.

4) Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dan mendirikan sembahyang malam (tarawih)dengan ikhlas dan penuh keimanan, . 

5) Untuk mendapatkan pengampunan dosa, pastikan nafsu dikawal dan semua dispilin Ramadan dijaga.

6) Namun ini hanyalah pengampuanan dosa terhadap Allah SWT, dosa sesama manusia perlulah diselesaikan sesama sendiri.

7) Diluar Ramdahan, dosa diampunkan hanya setelah beristigfar, berwuduk dan solat berjemaah tetapi dalam bulan Ramadhan, puasa pada siang hari dan qiyam pada malamnya menghapuskan dosa tanpa perlu beristigfar.

Advertisements

2 Respons to “Puasa dan Qiyam Ramadhan Untuk Dapat Pengampunan Allah”

  1. Munauwarah Abu Naim Says:

    Assalamualaikum ustaz.. Boleh saya bertanya berkaitan tafsiran mimpi… Dalam mimggu ni saya sering bermimpi yang saya ditikam oleh seseorg yang saya kenali dan mimpi seterusnya pada hari yg berlainan saya melahirkan seorg bayi dan menyusukannya.. apakah pertanda mimpi2 saya itu? adakah ianya hanya mainan tido?

    • sulaiman Says:

      Waalaikummuasalam.. wallahua’lam saya tidak tahu tafsir mimpi.. lebih baik rujuk pakar atau pengamal perubatan islam ttg mimpi menyusu bayi itu.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: