Memohon Zuriat Keturunan Yang Baik

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Ali-Imran:38)
Anak yang abrar (baik) adalah satu rahmat kepada ibubapanya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri.” (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)

Mohonlah zuriat keturunan yang baik kerana ibubapa bertanggungjawab ke atas perbuatan anak mereka. Para bapa dan suami akan dibicarakan di mahkamah Allah SWT tentang didikan mereka terhadap anak  mereka. Mereka menanggung dosa anak sekiranya tidak dikawal selia dan tidak diberi didikan dan nasihat.

Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya………… “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Para bapa dan suami bertanggungjawab ke atas anak-anak zuriat keturunan mereka. Mereka juga menanggung dosa anak sekiranya tidak diberi didikan dan nasihat.

At-Taghabun [14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. 

Anak-anak juga adalah bekalan kerana anak yang soleh akan mendoakan ibubapanya. 

Rasulullah SAW bersabda :“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya. 

Rasulullah Saw bersabda: Catatan amal perbuatan dilaporkankan kepada Allah Subhanahuwata’ala setiap hari Isnin dan Khamis, dan diperlihatkan kepada para Nabi, para Ayah dan para Ibu pada hari Jumaat, lalu mereka bergembira dengan kebaikan amal perbuatan mereka dan wajah mereka makin bertambah putih dan cemerlang, kerana itu bertakwalah kamu semua kepada Allah Subhanahuwata’ala, dan janganlah kamu menyakiti orang-orang yang telah mati dikalangan kamu dengan amalan perbuatan buruk kamu [Riwayat Abu Qasim]

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: