Memuji Allah Serta Berzikir Bila Bangun Dari Tidur

Apabila seseorang di antara kamu bangun dari tidurnya, maka ucapkanlah “Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) yang telah mengembalikan rohku, dan yang telah menyihatkan badanku, serta telah mengizinkan diriku untuk mengingatiNya” (Riwayat Ibnus Sunni melalui Abu Hurairah r.a.). Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya perkataan yang disukai (Allah) ialah perkataan yang seorang hamba yang bangun daripada tidur dan mengucapkan Maha Suci Allah yang menghidupkan yang mati dan dia berkuasa di atas segala-galanya. (Riwayat Khatib daripada Ibnu Umar r.a.)

Tidur adalah adik-beradik (umpama) mati. Bangkit daripada tidur adalah umpama bangkit daripada kematian.

Bersyukurlah dan pujilah Allah bila bangun dari tidur kerana Allah SWT telah mengembalikan roh (nyawa) kepada jasad (badan) setelah dimatikan seketika. Sekiranya tidak dikembalikan roh itu, maka tamatlah tempoh kehidupan seseorang.

Az-Zumar [42] Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).

Bersyukur jugalah kerana Allah SWT telah memberikan kesihatan pada tubuh badan.

Akhir sekali bersyukurlah kerana Allah SWT telah mengizinkan kita untuk mengingatinya. Ingatlah Allah dengan melakukan zikir setelah bangun dari tidur misalnya dengan membaca “Subhanallahi Wabihamdi” sebanyak seratus kali dan beristigfar memohon keampunan dosa-dosa kita dan ahli keluarga kita atau apa jua zikir sebagai tanda mengingati Allah.

Ramai juga manusia yang masuk syurga VIP kerana berzikir di atas tilam yang empuk. Abu Said Al-Khudri r. a memberitakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Berapa banyak orang yang di dunia ini mengingati ALLAH s.w.t di atas tilam yang empuk, yang kerananya Tuhan membawa mereka ke peringkat tertinggi di dalam syurga.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: