Berzikirlah Sebagai Tanda Mensyukuri Nikmat Kurniaan Allah

Nabi Zakaria berkata lagi: Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung). Allah berfirman: Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi. (Ali-Imran:41)

Berzikirlah Pada Waktu Pagi dan Petang
Berzikirlah pada waktu pagi (selepas Subuh) dan pada waktu petang (selepas Asar). 

Al-Kahfi [28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata…

Rasulullah saw selalu berkumpul bersama para sahabat untuk berzikir dan mengingati Allah, terutamanya pada waktu pagi (selepas Subuh) dan juga pada waktu petang (selepas Asar)

Berkata Anas bin Malik r.a Rasulullah saw bersabda, (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah dari (selepas) solah fardhu Subuh sehingga naik matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s dan (jika) ada satu kumpulan orang duduk bersama saya berzikrullah selepas fardhu solah Asar sehingga ghurub matahari, adalah lebih baik pada saya daripada memerdekakan 4 orang (hamba) dari keturunan Nabi Ismail a.s..

Berzikirlah Secara Konsisten

Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallah (HR. Turmudzi 3383, Ibn Majah 3800)

Apa yang penting ialah luangkan masa untuk berzikir, walaupun sedikit asalkan berterusan. Sebagaimana di dalam hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata yang maksudnya :”Ditanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah SWT. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Hadis riwayat Bukhari)

Zikirlah walaupun sekadar Qulhuwallah 10 kali setiap pagi lepas Subuh dan 30 zikir lepas sembahyang (Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahuakbar 10 kali). Apa yang penting ialah jadikan ia satu amalan rutin.

Zikirlah ketika berjalan atau sambil berbaring atau memandu. Jadikan ia rutin dan amalan harian. Mulakan dengan bilangan yang sedikit terlebih dahulu sehingga ia mantap dan sebati, kemudian tingkatkanlah bilangannya.

Sabda Rasullah SAW: “Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu, sesungguhnya Allah SWT tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang ringan namun berterusan (istiqomah).” (Hadith Riwayat Muslim).

Berzikir Untuk Mengaku Kesalahan

Antara zikir yang diajar ialah tasbih Nabi Yunus semasa Baginda ditelan ikan: 

 لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ”,

Tiada tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku ini terdiri daripada orang-orang yang menzalimi diri (Riwayat Hakim).

Berzikir juga dapat memadamkan kemurkaan Allah dan Allah SWT amat mengasihi mereka yang berzikir sehingga ramai yang dimasukkan ke dalam syurga kerana amalan zikirnya.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: