Nabi Isa Yang Terkemuka Di Dunia dan Akhirat

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Mariam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). (Ali-Imran:45)

Allah SWT sendiri memilih nama Nabi Isa A.S. Dinamakan Isa Ibni Maryam iaitu dibinkan kepada ibunya kerana Baginda tidak mempunyai bapa.

Al-Masih bermaksud seorang yang banyak berjalan. Nabi Isa akan banyak berjalan setelah diturunkan diakhir zaman nanti untuk mengembangkan agama nabi Muhammad s.a.w . Nabi Isa a.s. pernah memohon kepada Allah SWT untuk menjadi umat Nabi Muhammad (setelah mendengar tentang kelebihan umat Muhammad). Allah swt telah makbulkan permintaannya dan beliau diwafatkan iaitu ditamatkan perkhidmatannya sebagai seorang rasul dan diangkat ke langit. Beliau dilucutkan jawatan semasa masih hidup, ketika dikepung oleh kaumnya.

Ali-Imran [55] (Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan mengangkatmu ke sisiKu dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.

Diakhir zaman, beliau akan turun sebagai umat Nabi Muhammad. Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu.” Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi’b) menerangkan dengan katanya: “Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Qur’an dan Sunnah Nabi kamu”

Nabi Isa mempunyai dua unsur iaitu unsur manusia (unsur tanah atau bumi) dari ibunya dan unsur malaikat dari Jibril yang diperintahkan meniup roh.

Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Mariam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami dan (sekalipun Mariam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.  (At-Tahrim:12)

Sekarang ini Nabi Isa telah diangkat ke langit iaitu tempat para malaikat dan baginda akan kembali ke dunia ini di akhir zaman nanti sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w untuk memerangi Dajjal.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: