Beriman Kepada Apa Yang Telah Diturunkan

Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). (Ali-Imran:53)

Terdapat 4 buah kitab yang wajib dipercayai iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Kesemuanya benar cuma yang terpakai hingga sekarang adalah Al-Quran.

As-Saff [6] : Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Mariam berkata: Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama: Ahmad

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. (Baqarah:136)

Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. (Ali-Imran:3) Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (Ali-Imran:4)

2 Respons to “Beriman Kepada Apa Yang Telah Diturunkan”

  1. Mas Dartono Says:

    Mengapa hanya menyebut perihal beriman kepada hal-hal yang turun sebelumnya saja? Tidakkah Allah swt menurunkan pula apa-apa di masa mendatang, setelah wafat Nabi saw, hingga hari kiamat, seperti apa-apa yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, tentang apa-apa yang terjadi dan akan turun/datang di masa kemudian.

    • Tanpa Nama Says:

      Saudara Mas Dartono, di atas merupakan tafsir Al Quran yg ringkas berhubung ayat 53, Surah Ali Imran. Ayat tersebut menyentuh mengenai sikap kaum bani Israil (Umat Nabi Isa) yg tdk mahu beriman dgn apa yg Allah tlh trnkn kpd mereka dan umat sblm mereka.


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: