Mubahalah

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. (Ali-Imran:61)

Dalam ayat sebelumnya diterangkan tentang persamaan Nabi Isa dan Nabi Adam yang diciptakan tanpa bapa dan diangkat menjadi Rasul.

Ayat ini pula menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah menyampaikan dakwah kepada orang-orang Kristian di Madinah pada masa itu yang datang menemui baginda, namun mereka enggan beriman dan tidak mahu menerima kebenaran. Mereka tetap berkeras mengatakan bahawa nabi Isa adalah tuhan.

Maka turunlah perintah Allah kepada Rasulullah supaya menyeru mereka untuk bermubahalah, agar dapat diketahui siapa yang berada dalam kebenaran dan siapa yang berada dalam kesesatan. Mubahalah bermaksud berdoa kepada Allah secara bersungguh-sungguh supaya Allah menimpakan laknatnya kepada mereka yang berdusta (berbohong atau dalam kesesatan).

Lalu Rasulullah menjalankan perintah Allah dengan menyeru orang-orang Kristian yang datang menemuinya supaya kembali pada esok hari dengan membawa anak-anak, isteri, ahli keluarga dan pengikut mereka untuk bermubahalah di satu tempat yang lapang.

Namun pada keesokannya harinya, orang-orang Kristian telah mengubah pendirian mereka untuk tidak bermubahalah, atas nasihat paderi mereka kerana bimbang tidak akan ada lagi seorang Kristian di muka bumi ini. Mereka mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W. tetapi tetap juga tidak beriman.

Ayat yang seterusnya menerangkan sekali lagi bahawa kisah tentang Nabi Isa adalah kisah yang benar dan kebenaran Allah SWT sebagai tuhan yang Esa:

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Ali-Imran:62)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: