Bersatu Dalam Titik Persamaan

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. (Ali-Imran:64)

Ayat sebelumnya menerangkan tentang perintah Allah kepada Rasulullah s.a.w. supaya menyeru orang-orang Kristian untuk bermubahalah, namun mereka tidak mahu kerana takut ditimpa seksa dan laknat Allah. Seterusnya dalam ayat di atas, Allah SWT memerintahkan nabi Muhammad supaya menyeru mereka untuk mengikuti kebenaran yang mereka juga memperakuinya iaitu 1) mengakui Allah sebagai Tuhan yang Esa 2) tdak mensyirikkanya dan 3) tidak menyembah yang lain selain dariNya.

Agama Islam dan ahli Kitab iaitu Kristian dan Yahudi mempunyai titik persamaan dalam penyembahan tuhan yang satu. Perbezaannya adalah dari segi Rasul yang diutuskan dan cara penyembahan, namun semua Rasul-rasul itu adalah utusan Allah SWT. Rasulullah s.a.w. diperintahkan supaya menyeru mereka atas titik persamaan ini.Allah SWT adalah pencipta yang tunggal yang esa, raja segala raja, pemberi rezeki dan pelindung yang maha agung. Selain Allah SWT adalah makhluk yang diciptakannya. Manusia bersifat lemah. Manusia akan menyembah apa sahaja yang dianggap mempunyai kesaktian samada jin, dewa, batu, kayu atau berhala. Semua itu adalah tuhan yang direka kerana mereka juga adalah makhluk Allah SWT.

Menyembah Allah bermakna tunduk dan patuh, serta mengikuti perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Penyembahan hanya ditujukan kepada Allah sahaja, kerana selain Allah adalah makhluknya.

An-Nisaa [36] : Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua….

Menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala atau mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala  bermaksud memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala dengan sesuatu yang lain (makhluk).
Syirik terbahagi kepada dua (2) iaitu syirik besar dan syirik kecil.

Memperkongsikan kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala  dengan tuhan yang lain, ialah menduakan Allah Subhanahuwata’ala dengan menyembah selain dariNya sepertimana orang kafir Quraisy, Kristian, Yahudi yang memperkongsikan Allah Subhanahuwata’ala dengan berhala, nabi Isa dan nabi Uzair. Allah Subhanahuwata’ala  itu esa, tunggal dan tidak boleh disyirikkan atau dikongsi.

Saba’ [22] Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah makhluk-makhluk yang kamu dakwakan sebagai tuhan selain dari Allah; mereka tidak memiliki kuasa seberat debu pun di langit dan di bumi dan mereka tiada sebarang bahagian perkongsian (dengan Allah) dalam (mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi dan Allah pula tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: