Sikap Yahudi Bila Diberi Amanah

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (Ali-Imran:75) Baca baki entri ini »

Advertisements

Rahmat Allah Khas Kepada Hambanya

Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (Ali-Imran:74) Baca baki entri ini »

Apabila Diuji Dengan Nafsu

Apabila seseorang di antara kamu melihat (tergoda) wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi). Baca baki entri ini »

Lelaki Mukmin Berulang Alik ke Masjid

Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah seorang yang beriman”. (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah) Baca baki entri ini »

Cara Respons Mimpi Baik Atau Buruk

Daripada Abu Said al-Khudri RA, ia mendengar Nabi SAW bersabda :“Apabila salah seorang kamu bermimpi akan sesuatu yang disukainya, mimpi itu adalah daripada Allah Ta’ala, maka hendaklah ia memuji Allah Taala, dan hendaklah ia menceritakannya. Dalam riwayat lain : “Janganlah ia menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dikasihinya. Apabila ia bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukainya, maka itu adalah daripada syaitan. Oleh itu hendaklah ia meminta perlindungan daripada kejahatannya, dan janganlah diceritakan mimpi itu kepada sesiapa, kerana mimpi itu tidak memudharatkannya”. (HR Bukhari) Baca baki entri ini »

Ahli Kitab Yang Terjerat Dalam Kesesatan Mereka Sendiri

Segolongan dari Ahli Kitab sangat suka kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). (Ali-Imran:69) Baca baki entri ini »

Kerana Mulut Badan Binasa

Muaz Bin Jabal r.a. datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata “Wahai Rasulullah, berpesanlah kamu (nasihatlah) kepadaku. maka baginda mengeluarkan lidahnya yang mulia, dan Baginda berkata “Tahanlan kamu akan ini (Riwayat At-Thabrani)” Abu Bakar As-Siddiq r.a. memegang lidahnya sambil berkata “Inilah lidah yang boleh mendatangkan kebinasaan kepadaku”. Seorang penyair Arab berkata ” Luka disebabkan lembing cepat sembuh, tetapi tidak yang dilukakan oleh lidah”. Kata orang tua-tua, “masukkan kata-kata itu ke dalam minda sebelum dikeluarkan dari mulut”. Baca baki entri ini »