Ahli Kitab Yang Terjerat Dalam Kesesatan Mereka Sendiri

Segolongan dari Ahli Kitab sangat suka kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu). (Ali-Imran:69)

Satu golongan ahli kitab yang ingin sangat menyesatkan ialah golongan Yahudi.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Fatihah:7)

Sebahagian lagi golongan ahli kitab iaitu Nasrani menerima kerasulan Nabi Muhammad tetapi mereka mengatakan bahawa Baginda  adalah nabi untuk bangsa Arab sahaja dan bukan untuk mereka.

padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri

Namun golongan ahli kitab Yahudi yang ingin menyesatkan ini tidak bleh menyesatkan, sebaliknya mereka hanyalah menyesatkan diri mereka sendiri. Bak kata pepatah Melayu “jerat tidak lupakan pelanduk, pelanduk yang lupa akan jerat”. Akhirnya jerat kesesatan itu memakan diri mereka sendiri.

“dan mereka pula tidak menyedari” (Ali-Imran:69)

Mereka juga tidak sedar dan status “tidak sedar” ini lebih teruk dari binatang kerana mereka “buta hati” dan memusuhi agama Nabi Muhammad.

Melakukan Kesalahan Dalam Keadaan Tahu

Mereka juga kufur sedangkan kebenaran sudah diterangkan dalam kitab yang diturunkan kepada mereka:

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya? (Ali-Imran:70)

Mereka tidak mengaku bahawa nabi Muhammad itu rasul walaupun mereka juga berdoa dengan menyebut “berkat nabi akhir zaman” Mereka mengetahui kebenaran nabi Muhammad yang terkandung dalam kitab mereka.

Melakukan kesalahan dan dosa dalam keadaan mengetahui kebenaran dan hukum sangat besar dosanya. 

Mencampur-adukkan dan Menyembunyikan Kebenaran 

Mereka juga mencàmpur-adukkan kebenaran dengan dan menyembunyikan kebenaran. Haram hukumnya menyembunyikan kebenaran yang diketahui.

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu mencampuradukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya? (Ali-Imran:71)

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: