Lelaki Mukmin Berulang Alik ke Masjid

Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah seorang yang beriman”. (Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

“Dari Ibnu Mas’ud Radhiallaahu anhu, ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam mengajari kami sunnah-sunnah (jalan-jalan petunjuk dan kebenaran) dan di antara sunnah-sunnah tersebut adalah sembahyang di masjid yang dikumandangkan azan di dalamnya.” (HR. Muslim)

 Riwayat dari Abi Sa’id Al-Khudri, bila kamu melihat lelaki beribadah di masjid, maka berimanlah dia kerana firman Allah:

At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang

Ulang Alik ke Masjid Dinaungi Dari Kepanasan 

Daripada Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:”Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; Pemuda yang hidupnya asyik dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; Orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid;

Iktikaf

Di antara amal-amal baik bagi memakmurkan masjid ialah beriktikaf di dalamnya. Beriktikaf di masjid ertinya berhenti atau duduk di masjid dalam suatu masa yang tertentu untuk mengerjakan amal bakti kepada Allah Subhanahu Wata’ala

Masa beriktikaf itu hendaklah diisi, sekurang-kurangnya dengan tahlil (zikir Lailaha illallah), beristighfar atau berselawat atas Nabi s.a.w. Amalan-amalan seperti ini boleh menghapuskan dosa-dosa kita dengan Allah.

Niat iktikaf “aku berhenti (atau duduk) dalam masjid kerana Allah taala

Amalan beriktikaf juga diterangkan di dalam Al-Quran;

Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah ( Kaabah ) sebagai tempat manusia berulang alik ( tempat berziarah ) dengan aman dan sentosa. Sebab itu ambillah ( jadikanlah ) olehmu akan makam nabi Ibrahim itu sebagai tempat sembahyang. Dan kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan ismail supaya kedua-duanya membersihkan rumahku ( kaabah ) untuk orang-orang yang tawaf dan untuk orang-orang yang iktikaf, juga untuk orang-orang yang ruku dan sujud ( surah Al-Baqarah : 125 )

Abu Hurairah r.a. berkata: Seorang lelaki buta (Abdullah Bin Maktum) telah datang kepada nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid. Lelaki itu meminta Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya dia boleh melakukan solat di rumahnya. Maka baginda memberikan keringanan. Ketika lelaki buta itu mahu beredar pulang, nabi memanggilnya dan berkata: Apakah kamu mendengar azan? Lelaki itu menjawab” Ya. Jawab baginda saw “Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid” (Muslim)

Para lelaki yang mendengar laungan azan hendaklah bersembahyang di mana-mana masjid atau surau.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada solat bagi yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid” diriwayatkan oleh al-Daraqutni (1/419), al-Hakim (no: 898), dan al-Baihaqi (no: 4724).

Tiada solat dalam hadith ini bermaksud tidak sempurna sembahyang seorang lelaki yang tidak berjemaah di masjid dan tidak diberikan pahala penuh atau sangat sedikit pahalanya.

“Seiapa yang mendengar azan, kemudian tidak pergi, maka tiada solat baginya kecuali dengan sebab uzur.”. (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibn Majah, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan sanad Ibnu Majah dan lainnya sahih). Uzur yang dikecualikan berjemaah ini ialah seperti isteri sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.

Mereka yang menuju ke masjid tetapi tidak sempat mendapat jemaah, mereka tetap mendapat pahalanya. Dalam sebuah hadith disebut, maksudnya: Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda

“Sesiapa yang telah berwuduk dengan cara yang baik, kemudian terus ia menuju (ke masjid) tetapi didapati orang ramai telah selesai dari bersembahyang (jemaah) Allah swt akan mengurniakan kepadanya pahala (solah jamaah) sama dengan mereka yang hadir berjemaah, dengan tidak mengurangkan sedikit pun pahala (solah) jemaah mereka.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: