Apabila Diuji Dengan Nafsu

Apabila seseorang di antara kamu melihat (tergoda) wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Antara ujian bagi para lelaki di dunia ini adalah nafsu syahwat dan syaitan akan menghiasi perempuan untuk mempesona para lelaki di luar rumahnya. 

Ibnu Mas’ud ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda , “Wanita adalah objek yang tersorok (aurat), apabila ia keluar syaitan akan menghias mereka untuk menggoda kaum lelaki” (At-Tirmizi).

Nafsu yang dilepaskan pada haknya iaitu pada tempat yang halal diberi pahala. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis :

Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala?Bersabda Nabi Muhammad: Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya secara halal kamu memperoleh pahala!” (Hadis riwayat Muslim)

Orang yang menjaga nafsunya iaitu alat kelamin daripada digunakan pada tempat yang haram dan digunakan pada tempat yang halal turut diberikan syurga.

Al-Mukminun [5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Al-Mukminun [6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela…

Al-Mukminun [10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Al-Mukminun[11] Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya

Nafsu tidak mempunyai mata atau telinga. Adakalanya ia disalahguna dan manusia merajakan nafsu sehingga sanggup berzina. Salahguna nafsu syahwat tempatnya ialah neraka: 

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: