Rahmat Allah Khas Kepada Hambanya

Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. (Ali-Imran:74)

Syarat Dapat Rahmat

Syarat untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan larangannya. Selain itu kita hendaklah menyayangi Allah kerana apabila Allah menyayangi seseorang, maka dia akan diberikan rahmat untuk dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT. Namun tidak memadai jika hanya sekadar menyayangi Allah tetapi tidak melakukan suruhan dan tidak meninggalkan larangan.

Dosa seseorang merendahkan kedudukannya disisi Allah SWT sepertimana pengeluaran yang dilakukan dari bank akaun yang mengurangkan baki simpanannya (pahala dari amalan yang dilakukan). Oleh itu, mintalah kemaafan sekiranya terlanjur melakukan dosa. 

Mereka Yang Terpilih Untuk Mendapat Kurniaan Rahmat

Sifat Rahim Allah itu adalah khas iaitu khusus untuk akhirat dan hanya untuk umat Islam. Seseorang itu masuk syurga dengan rahmat atau belas kasihan Allah. Syurga adalah tempat Allah swt melahirkan kasih sayang kepada hamba-hambanya yang beriman dan terpilih seperti para nabi, rasul, sahabat-sahabat nabi, alim-ulama, wali dan juga mereka yang patuh kepadanya.

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Hadith riwayat Abu Hurairah ra.: Rasulullah saw. bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: