Sikap Yahudi Bila Diberi Amanah

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, dia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta). (Ali-Imran:75)

Allah SWT memberitahu bahawa di antara orang-orang Yahudi itu terdapat golongan yang amanah (mengembalikan semula harta yang diamanahkan untuk disimpan).

Selain itu, Allah SWT mengingatkan orang-orang yang beriman agar tidak terperdaya oleh mereka kerana sesungguhnya di antara mereka terdapat golongan yang jika dia diamanahkan sesuatu harta kekayaan walaupun satu Dinar, mereka tidak akan mengembalikannya kecuali jika selalu dituntut (terus menerus menagih untuk mendapatkan harta yang diamanahkan itu). Dinar ialah wang emas yang bersamaan 50 hinga 100 dirham.  Jika satu dinar pun mereka tidak amanah, maka tentunya sesuatu yang nilainya lebih dari satu dinar juga tidak akan dikembalikan.

Pepatah melayu menyebut tidak mengembalikan amanah sebagai “pecah amanah” kerana mereka telah menghancurkankan kepercayaan yang diberikan dengan mengambil hak orang lain.

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Baqarah:188)

Mereka merasakan tidak berdosa jika tidak ditunaikan amanah terhadap bangsa Arab kerana mereka berfahaman bahawa bangsa Arab adalah jahil. Mereka juga berbohong atas Allah walaupun mereka tahu bahawa Allah SWT maha mengetahui. Hakikatnya merekalah bangsa yang hina dan telah dicop hatinya sepertimana firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Samada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Baqarah:6) (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. ((Baqarah:7)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: