Muhasabah 2015

Selalulah muhasabah diri dengan mengira amalan yang dilakukan setiap hari dan setiap tahun. Seperti orang bisnes, bila mereka menutup kedai atau menutup akaun (year end closing), mereka akan membuat perkiraan untung dan rugi. Amalan juga harus dikira, yang manakah yang banyak, yang boleh menghumban kita ke neraka atau melepaskan dari neraka dan menuju ke syurga. Di Padang Mahsyar semua manusia akan disoal tentang 4 perkara seperti yang diceritakan dalam sebuah hadith: Baca baki entri ini »

Advertisements

Cari Isteri Dengan Harta (Mas Kahwin)

…dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa:24) Baca baki entri ini »

Perempuan Yang Haram DiKahwini

An-Nisaa [23] Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):

  • Ibu-ibu kamu dan
  • anak-anak kamu dan
  • saudara-saudara kamu dan
  • saudara-saudara bapa kamu dan
  • saudara-saudara ibu kamu dan
  • anak-anak saudara kamu yang lelaki dan
  • anak-anak saudara kamu yang perempuan dan
  • ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan
  • saudara-saudara susuan kamu dan
  • ibu-ibu isteri kamu (ibu mertua) dan
  • anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan
  • bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan
  • diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
  • Ali-Imran [24] Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.

(Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.

Agama Nabi Muhammad Mencakupi Nabi Terdahulu

Katakanlah (wahai Muhammad): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan keturunannya dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam). (Ali-Imran:84) Baca baki entri ini »

Patutkah Mencari Yang Tidak Islamik

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. (Ali-Imran:83) Baca baki entri ini »

Beriman Kepada Rasul Akhir

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu? Mereka menjawab: Kami berikrar (mengakui dan menerimanya). Allah berfirman lagi: Jika demikian, maka saksikanlah kamu dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu. (Ali-Imran:81) Baca baki entri ini »

Hanya Allah Yang Layak Disembah

Dan dia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah dia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam? (Ali-Imran:80) Baca baki entri ini »