Masuk Syurga Kerana Menahan Marah dan Memaafkan

….dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Ali-Imran: 134)

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :Berpesanlah kepadaku, lalu baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:Jangan marah.Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah.(Riwayat Al-Imam Bukhari)

Dari Abi Ad-Darda ia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Antara tiga petua untuk masuk syurga ialah: sembahyang curi-curi, telan kemarahan dan buat baik buang ke laut. Sembahyang curi-curi bermaksud curi-curilah waktu untuk sembahyang tahajjud pada waktu malam, telan kemarahan bermaksud sabar. Buat baik buang ke laut pula maksudnya jangan mengharapkan balasan atas kebaikan yang dilakukan.

Sabda Rasulullah SAW:“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”(Hadis Riwayat Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal dia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)

Hari yang susah itu ialah Hari Kiamat. Orang yang “mampu bertindak balas” iaitu berkuasa dan mempunyai keupayaan untuk membalas kejahatan yang dilakukan, seperti dijelaskan dalam Al-Quran.

Allah akan memaafkannya dan diberikan Syurga:

Ali-Imran [136] Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Rasulullah s.a.w bersabda: Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah“. Tirulah sifat pemaaf Allah subhanahu wa ta’ala kerana meniru sifat tuan punya syurga ini akan memasukkan penirunya ke dalam syurga .

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: