Patutkah Mencari Yang Tidak Islamik

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. (Ali-Imran:83)

Patutkah Mencari Selain Agama Allah

Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Orang-orang Yahudi tidak percaya kepada agama yang dibawa Nabi Muhammad saw, padahal nabi-nabi mereka mempercayai bahawa Nabi Muhammad saw akan datang kemudian (selepas mereka). Dengan tidak percayanya orang-orang Yahudi kepada Nabi Muhammad saw bererti mereka tidak percaya kepada nabi-nabi mereka sendiri dan bererti mereka mencari agama selain Islam.

Begitu juga halnya dengan orang Islam yang kadangkala melakukan sesuatu adat atau perbuatan yang tidak Islamik dan menganggapnya lebih penting daripada amalan agama Islam. Misalnya ada sesetengah yang menganggap tidak sempurna perkahwinan selagi tidak diadakan persandingan sedangkan persandingan itu adalah adat yang bukanlah dari amalan agama Islam. Bahkan ada juga yang menganggap pernikahan itu tidak sempurna selagi tidak ditepung tawar, walaupun sudah sempurna ijab-qabulnya.

Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa.

Apa saja yang ada di 7 petala langit (malaikat) dan di 7 petala bumi ini (manusia dan jin) semuanya tunduk dan patuh kepada Allah SWT , mengapa mereka (Yahudi) tidak berbuat demikian?

Manusia dan jin telah dipertanggungjawabkan dengan agama. Asal-usul kejadian manusia (dari tanah) dan jin (dari api) pada zahirnya adalah lebih rendah  berbanding malaikat yang dicipta dari cahaya. Untuk meningkatkan kedudukan mereka, Allah SWT telah meletakkan tanggungjawab iaitu perintah agama Islam kepada keduanya. 

Az-Zariyat [56] Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat (mendirikan solah)kepadaKu.

dan kepadaNyalah mereka dikembalikan….

Kemudian Allah SWT menjelaskan bahawa kepada Allahlah kembalinya semua makhluk, manusia samada orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, mahupun umat-umat selain mereka, dan juga jin. Ketika itulah mereka akan diberi balasan, sesuai dengan perbuatan mereka di dunia samada syurga atau neraka.

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: