Cari Isteri Dengan Harta (Mas Kahwin)

…dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa:24) Baca baki entri ini »

Perempuan Yang Haram DiKahwini

An-Nisaa [23] Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):

  • Ibu-ibu kamu dan
  • anak-anak kamu dan
  • saudara-saudara kamu dan
  • saudara-saudara bapa kamu dan
  • saudara-saudara ibu kamu dan
  • anak-anak saudara kamu yang lelaki dan
  • anak-anak saudara kamu yang perempuan dan
  • ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan
  • saudara-saudara susuan kamu dan
  • ibu-ibu isteri kamu (ibu mertua) dan
  • anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri;tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya) dan
  • bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu dan
  • diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
  • Ali-Imran [24] Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki.

(Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina.