Cari Isteri Dengan Harta (Mas Kahwin)

…dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah) dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan mas kahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa:24)

Sah nikah walaupun tidak disebut maher atau maskahwinnya semasa akad nikah (ijabkabul). Mas kahwin adalah hak isteri. Dalam mazhab Syafie sah kahwin tanpa memberi mas kahwin tetapi dalam mazhab Hanafi tidak sah kahwin tanpa maskahwin. Kahwin tanpa mas-kahwin ini hanya berlaku dalam satu kes sahabat Nabi sahaja.

Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya : Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:

“Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya”. Nabi SAW segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN. Sahabat menjawab: Tidak ada! Nabi SAW bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin.Maka Nabi SAW bersabda lagi: Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI.

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya

Setelah itu Baginda s.a.w. bertanya:Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi s.a.w. bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Nabi SAW bersabda, Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: