Ilmu itu Kehidupan Islam dan Tiang Iman

Ilmu merupakan kehidupan Islam dan tiang iman, sesiapa yang memiliki sesuatu ilmu nescaya Allah menyempurnakan pahalanya. Dan sesiapa yang belajar ilmu lalu mengamalkannya, nescaya Allah mengajarkan kepadanya ilmu-ilmu yang tidak ia ketahui (Riwayat Abu Syekh) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Rumah Ibadah Yang Pertama

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. (Ali-Imran: 96) Baca baki entri ini »

Rahmat Allah Untuk Ke Syurga

Allah SWT menjamin syurga balasan syurga bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Namun bukanlah amalan seseorang itu yang memasukkannya ke dalam syurga tetapi rahmat Allah SWT. Syarat untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan larangannya. Rahmat Allah juga meliputi seluruh orang Islam yang ikhlas dalam beramal, menjaga lidahnya dan menyelamatkan Muslim yang lain. Sayangilah Allah kerana apabila Allah menyayangi seseorang, maka dia akan diberikan rahmat untuk dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT. .  Baca baki entri ini »

Balasan Bagi Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh

An-Nisaa [57] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. Baca baki entri ini »

Menangislah Disini Bukan Disana

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Wahai umat manusia, menangislah kamu. Jika kamu tidak menangis maka kamu nanti akan saling menangis. Bahawa orang-orang dalam neraka itu menangis, sehingga mengalir air mata membasahi pipinya. Setelah habis air mata maka keluarlah darah. Darah bercucuran dari matanya. Kalau ada perahu. maka perahu akan dapat belayar di atas darah itu” (Riwayat Ibnu Majah).

Itulah air mata darah para ahli neraka. Kerana terlalu beratnya seksaan yang mereka alami, mereka pun menangis sepuas-puasnya. Habis air mata, maka bercucuranlah darah. Walaupun demikian, mereka tetap tidak mendapatkan keringanan. 

Menangislah Disini Kerana Takutkan Allah. 

Ar-Rahman [46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.

An-Naaziat [40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya,(untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; An-Naaziat [41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Pelepah tamar dan buraq pun menangis. Pelepah tamar menangis kerana Nabi tidak lagi menggunakan sebagai mimbar masjid dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Bura’ juga menangis kerana bimbang nabi tidak memilihnya sebagai tunggangan.

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).

Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah

Ikut Quran Jika Mahu Selamat

An-Nisaa [56] : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana Baca baki entri ini »

Dosa Kafir Tidak Dapat Ditebus

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. (Ali-Imran:91) Baca baki entri ini »