Allah Tidak Beri Hidayah Kepada Mereka

Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatNya kepada kaum yang zalim. (Ali-Imran:86) Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang-orang (yang beriman). (Ali-Imran:87)

Allah tidak akan memberi hidayah pertunjuk kepada orang-orang yang zalim

Orang yang zalim ialah mereka yang menganiayai diri sendiri kerana tidak menerima kebenaran dan bertindak tidak mengikut cara yang diperintahkan oleh Allah.

Pertama, orang yang zalim ialah daripada golongan kafir seperti Yahudi, walaupun mereka yang telah didatangkan kebenaran kepada nenek-moyang mereka namun masih tidak mahu menerimanya.

Kedua ialah orang Islam murtad setelah berada dalam agama Islam. Mereka ini juga sanggup meninggalkan kebenaran walaupun sudah menemuinya.

Orang-orang yang mendapat suluhan cahaya akan mudah/senang untuk memahami Islam. Sebaliknya mereka yang berada dalam kegelapan adalah sukar untuk memahami Islam. Justeru itu, orang kafir berfikir bahawa masuk Islam itu adalah sukar seumpama memanjat atau mendaki ke langit.

Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.  

Mereka juga menjadi buta kerana tidak mendapat suluhan cahaya hidayah:

 di Isra [72] : Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.  

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: