Takwa, Jihad, Zikir dan Menjaga Lidah

Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya takwa itu mengandungi semua kebaikan. Berjihadlah sesungguhnya jihad itu merupakan ruhbaniyyah muslimin. Berzikirlah kepada Allah dan bacalah AlQuran, kerana ia merupakan cahaya (nur) bagimu di bumi dan sebutan bagimu di langit. Tahanlah lisanmu kecuali untuk perkara yang baik, yang demikian itu bererti engkau telah mengalahkan syaitan (Riwayat Abu Ya’la melalui Abu Said)

Empat perkara utama yang dijelaskan dalam hadith ini ialah agar bertakwa (takut) kepada Allah kerana takut melakukan kejahatan adalah punca kepada segala kebaikan. Seterusnya berjihad untuk menundukkan nafsu yang buruk kerana ia juga menghindarkan pelakunya dari dosa dan azab neraka. Berzikir iaitu mengingati Allah pula boleh menguatkan hati seseorang Muslim dan akhirnya menjaga lidah sangatlah penting kerana ia juga menentukan masa depan akhirat seseorang.

Takwa dan Takut Melakukan Kejahatan

Takwa adalah di sini, nabi mengisyarat tiga kali (Riwayat Muslim). Rasulullah s.a.w pernah mengatakan “At-Taqwa haa hunaa” yang bermaksud takwa itu letaknya di sini, sambil menunjuk kepada dadanya (hatinya).

Dalam hadith juga disebut dalam diri manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat menawan kerajaan hati manusia itu, maka baiklah dia. Tetapi sebaliknya jika syaitan berjaya menakluki kerajaan hati manusia itu, maka dia akan melakukan kejahatan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban).

Hati manusia adalah umpama raja kepada seluruh anggota tubuh badannya. Apabila dalaman (hatinya) baik, maka baiklah luaran (perbuatan, perangai, pakaian dan amalan).

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baiklah seseorang itu, dan apabila buruk, maka buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Jihad Melawan Nafsu.

Sabda Rasulullah s.a.w. setelah pulang dari perang Badar .”Kita telah pulang dari jihad yang kecil (peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang lebih besar? Rasulullah s.a.w. bersabda: Jihad menentang hawa nafsu”.

Berzikir Mengingati Allah

Rasulullah s.a.w bersabda, Sesiapa yang banyak mengingati Allah (zikir), Allah menyayanginya. (Riwayat Dailami dari Aisyah r.a).

Berzikir iaitu mengingati Allah ialah tanda kita menyayangi Allah. Seseorang yang menyayangi dan merindui seseorang banyak menyebut namanya atau mengingatinya di dalam hatinya.

Dari Abu Darda ra bahwa Rasulullah saw bersabda :Mahukah kamu akan ku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu,paling disenangi oleh TuhanMu, bahkan lebih baik dari menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang dengan musuh-musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka : Mahu, wahai Rasulullah. Sabda beliau: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyaknya.(HR, Muslim,Tirmidzi,Ibnu Majah.).

Menjaga Lidah

Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang baik dan banyaklah berdiam; demi Allah yang jiwaku berada dikekuasaannya tiada satu akhlak pun yang lebih baik dari hal tersebut (Riwayat Abu Ya’la melalui Anas r.a.)

Banyak dosa yang bermula dengan kata-kata yang keluar dari mulut dan lidah yang tidak bertulang. Antaranya ialah mungkir janji, cakap besar, menipu, sumpah dusta, berbohong, mencaci maki, fitnah, mengumpat, gurauan melampau dan melaknat. Akibatnya si pelaku akan disiksa di Akhirat nanti. Oleh itu fikirlah dahulu sebelum berkata-kata. Kata orang tua, masukkan kata-kata itu ke dalam minda sebelum dikeluarkan dari mulut.

Daripada ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah menziarahi Said bin Ubadah dan bersamanya Abdul Rahman bin Auf, Said bin Abu Waqas dan Abdullah bin Mas’ud RA, kemudian Rasulullah SAW. menangis, lalu orang ramai yang ada bersama-sama baginda turut menangis. Seterusnya baginda bersabda, Adakah tidak kamu mendengar? Sesungguhnya Allah tidak mengazab orang mati dengan sebab linangan air mata atau susah hati, tetapi Allah akan menyiksa atau memberi rahmat kepada orang mati disebabkan ini, lalu baginda mengisyaratkan kepada lidahnya (Riwayat Bukhari Dan Muslim).

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (1) Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; (2) Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! (3) Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”. (4) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu? (5) (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya); (6) Yang naik menjulang ke hati; (7)Sesungguhnya api Neraka itu ditutup rapat atas mereka. (8) (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. / (9)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah ditanya bahawa amalan yang manakah dengannya ramai manusia akan memasuki syurga? Sabda Baginda SAW: Takwa (takutkan Allah SWT) dan akhlak yang mulia. Dan Baginda SAW ditanya: Amalan apakah yang dengannya ramai manusia akan ke neraka? Lidah dan kemaluan (yang disalah guna). (HR Tirmizi)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang telah menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?” (Hadis Riwayat At-Tarmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)

Daripada Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya r.a, kata beliau: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Celakalah bagi orang yang berkata-kata dengan suatu cerita bertujuan membuat orang ketawa, lalu ia menipu, maka celakalah dan celakalah baginya”.(Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi)

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: