4 Syarat Untuk Para Isteri ke Syurga

Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a).

Solat 5 Waktu dan Puasa Ramadhan

Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan ramadhan dan menjaga kemaluannya daripada yang haram serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja kamu suka.” (Hadith Riwayat Ahmad dan Thabrani)

Perempuan juga tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.

Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji” (an-Nasa’i)

Menjaga Aurat

Tutup aurat itu terdiri dari dua perkara iaitu menutup kulit badan danmenutup bentuk badan (susuk badan). Pakai baju yang longgar-longgar supaya tidak nampak bentuk badan. Ini kerana pakaian yang ketat boleh menarik perhatian orang. Selain itu pakaian yang jarang menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.

Nabi bersabda bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (Hadis riwayat Muslim)

Taat Pada Suami

Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”

Ketika Rasulullah menikahkan puterinya Fatimah, beliau berkata kepada Ali r.a.,“Engkau berkewajiban bekerja dan berusaha sedangkan dia berkewajiban mengurus rumah tangga.

Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya. Tugas-tugas seperti kerja rumah tidaklah wajib dan jika suami berkemampuan bolehlah mengupah orang gaji atau bibik atau tukang masak. Jika tidak mampu, maka perlulah ada kerjasama diantara suami isteri.

Tugas seorang isteri hanyalah melayan dan menghiburkan suaminya apabila suaminya berhajat kepadanya. Apabila seseorang perempuan berkahwin, dia berada dalam tanggungjawab dan fail suaminya. Lelaki adalah orang yang menanggung dosa perempuan yang berada di bawah tanggungannya.

An-Nisaa [34] Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, 

Kerana itu Allah redha dengan seorang isteri apabila suaminya redha dengannya. Sebuah hadith Nabi (salla ‘Llahu ‘alayhi wa aalihi wa sallam); “Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga.”

Isteri yang menolak ajakan suaminya dimurkai Allah. Rasulullah s.a.w. bersabda, Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat hingga ke Subuh.

Selain itu tidak diterima amalan seorang isteri yang membuat suaminya marah dan juga hamba abdi yang lari dari tuannya. Dalam sebuah hadith ada dinyatakan :

Tiga golongan yang sembahyang mereka tidak akan diangkat walaupun melepasi kepalanya iaitu lelaki yang mengimankan sembahyang satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, perempuan yang suaminya tidur dalam keadaan marah kepadanya dan sembahyang seorang hamba sahaya yang lari dari tuannya .

Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”..

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: