Larangan Memukul Muka

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang kamu bergaduh dengan saudaranya, hendaklah dia menjauhi dari memukul muka kerana sesungguhnya Allah mencipta Adam atas mukanya. [Hadis daripada Abu Hurairah r.a, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan lain-lain,).

Muka Tempat Penghormatan

Bahagian tubuh Nabi Adam a.s yang pertama dicipta oleh Allah ialah mukanya. Muka ialah tempat penghormatan bagi manusia, kerana itu dilarang memukul muka. Orang Islam boleh belajar boxing (tinju) untuk mempertahankan diri tetapi tidak boleh bertanding kerana di dalam tinju markah diberi apabila peninju itu berjaya menumbuk muka lawannya.

Selain itu apabila sujud, kita meletakkan muka kita kepada kedudukan yang rendah, sebagai penghormatan kepada Allah yang Maha Besar.

Pukulan yang Dibenarkan

Antara perkara yang membolehkan suami memukul isteri ialah misalnya isteri tidak mahu sembahyang, setelah dinasihati dan di pisahkan tempat tidur. Namun tidak boleh memukul sehingga lebam atau pecah dan hanya boleh memukul bahagian seperti paha, belakang dan tidak boleh pukul muka. 

An-Nisaa [34]…..dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun. Pukulan itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan.

Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”. Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik.

Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kamu bersalah jika seseorang mengintip ke dalam rumahmu tanpa izin dan kamu memukulnya mengunakan batu dan mencederai matanya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pukulan Yang Menyebabkan Muflis

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda “Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? ” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;” Nabi s.a.w., bersabda: “Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka.

Larangan Menjatuhkan Air Muka

Dalam Islam juga kita dilarang menjatuhkan air muka, dengan kata lain, menjatuhkan maruah diri sendiri atau orang lain. Dua jenis manusia yang menjatuhkan maruahnya sendiri ialah mereka yang meninggalkan solah dan mereka yang meminta sedekah tanpa sebarang keperluan atau meminta sedekah melebih keperluan. Dalam satu hadith, lebih kurang maksudnya ” gugur daging muka di akhirat” kerana meminta melebihi keperluan, misalnya seorang musafir yang kehabisan wang atau wangnya dicuri, maka dia meminta sedekah untuk pulang ke kampungnya. Dia hanya boleh meminta sekadar untuk tambang bas dan perbelanjaannya untuk pulang ke tempat asalnya sahaja.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: