Bertaubat dan Membaiki Perangai Buruk

Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Ali-Imran:89)

Syirik yang paling besar ialah kafir. Namun begitu, orang kafir yang memeluk Islam, segala dosanya yang lampau akan diampunkan, setelah ia memeluk agama Islam. 

Allah SWT adalah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Walaupun seseorang itu telah melakukan kejahatan dan syirik selama bertahun-tahun lamanya, dosanya tetap diampunkan oleh Allah SWT sekiranya dia bertaubat, meskipun hanya memeluk Islam beberapa minit sebelum meninggal dunia, seperti diceritakan dalam kisah Bahram Majusi.

Begitu juga orang Islam yang bertaubat dan memperbaiki amalannya, dia juga diampunkan dosanya terhadap Allah SWT. Baikilah amalan dengan meninggalkan perangai buruk dan meningkatkan mutu amalan.

Kalau telah melakukan dosa, istigfarlah kerana ia boleh memadamkan amalan tidak baik yang ditulis oleh Malaikat Kiraman Katibin .Malaikat dilupakan kejahatan yang kita buat. Dan diganti dengan pahala.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang murni, maka Allah melupakan dua malaikat pencatit amalnya, semua anggota tubuhnya dan tempat-tempat ia melakukan dosa, sehingga semuanya tidak dapat menjadi saksi bagi kesalahan-kesalahan dan dosa-dosa yang dikerjakan (sebelum ia bertaubat)” (Riwayat Abu Abbas al-Hamadani)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin buku amalannya itu mengembirakannya, hendaklah ia membanyakkan istigfar” (Riwayat Baihaqi dari Zubir).

Bertaubat dan beristigfar itu mengugurkan dosa dan dosa itu dipadamkan dari buku amalan. Sebaliknya diganti dosa kejahatan itu dengan pahala istigfar. Malaikat yang menulis amal kejahatan juga dilupakan tentang kejahatan yang dilakukan. Bagi setiap istigfar, dosa kejahatan dihapus dan diganti dengan pahala kebaikan. Begitu juga taubat:-

Furqan [70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: