Tidak Diterima Taubat Setelah Murtad

Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka dan mereka itulah orang-orang yang sesat. (Ali-Imran:90)

Murtad mengugurkan amalan sebelumnya

Zumar [65] Dan sesungguhnya telah diwahikan kepadamu dan Nabi-nabi sebelummu: Sesungguhnya! Jika engkau mempersekutukan Allah tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang yang rugi.

Walaupun murtad dan masuk Islam kembali sebelum mati, segala amalan sebelum murtad digugurkan dan tidak akan dapat kembali pahala:

Baqarah [217]….dan sesiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,  mereka kekal di dalamnya.

Hukuman Bunuh Jika Murtad

Di dalam Islam, menukar agama adalah satu dosa besar. Islam tidak memaksa bukan Islam untuk masuk (menganuti) agama Islam. Apabila sudah masuk, tidak boleh keluar lagi. Orang yang sengaja hendak menukar agama boleh dihukum bunuh, mengikut hadis Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: “Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya.”(Riwayat Jamaah kecuali Imam Muslim)

Hukuman bunuh dikenkan setelah dikurung dan diberi nasihat beberapa kali serta ditanya kenapa dia ingin keluar dari islam. Sayyidina Abu Bakar memerangi orang yang murtad selepas kewafatan Rasulullah s.a.w

Pengecualian bagi orang Islam yang terpaksa.

Bagi orang Islam yang dipaksa menukar agama dan diancam nyawanya dibolehkan mengakui keluar Islam pada mulutnya asalkan hatinya masih beriman kepada Allah:

An-Nahl [106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar.

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: