Balasan Bagi Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh

An-Nisaa [57] Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Prasyarat

Allah SWT akan memberikan syurga kepada orang yang memiliki iman dan beramal soleh. Amalan soleh terbahagi dua iaitu amalan soleh yang khas dan amalan soleh yang umum. Amalan soleh yang khas adalah seperti ibadat sembahyang 5 waktu, puasa dalam bulan Ramadan, menunaikan haji dan sebagainya. Amalan soleh yang umum adalah apa-apa amalan lain yang diharuskan dan tidak bertentangan dengan syarak, seperti bekerja, bercucuk tanam dan berniaga (bisnes)

Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai

Bersabda Nabi s.a.w : “Semasa aku Isra’ dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu, ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari madu dan adaairnya yg tidak masin.

Kekal di dalamnya selama-lamanya.

Syurga juga adalah makhluk Allah SWT, tetapi ia dikekalkan oleh Allah SWT sebagai tempat melahirkan kasih sayang kepada para hambanya.

Anbiya [102] : …. mereka akan kekal selama-lamanya didalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

Apa yang sesorang itu hendak di dalam syurga dia dapat dan kekal selamanya (fiha kholidun).

Bersama pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,

Dari Abu Hurairah r.a:”Rasulullah saw bersabda:”Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Bukhari)

Tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Syurga adalah satu tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. Ia tidak panas dan tidak sejuk:

Al-Insan [13] : Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk. 

Oleh itu kita hendaklah beriman, beramal soleh, menyayangi 4 perkara dan belajar 4 perkara sebagai bekal untuk ke sana. Sayangilah 4 perkara iaitu sayangi Allah, sayangi Rasulullah s.a.w, sayangi umat Islam dan sayangi agama Islam. Belajarlah 4 perkara iaitu ilmu akidah, feqah, tafsir quran dan hadith.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: