Ikut Quran Jika Mahu Selamat

An-Nisaa [56] : Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

Balasan Kufur Walau Satu Ayat Quran

Seseorang itu dikira kufur walaupun tidak beriman hanya satu daripada enam ribu ayat yang terkandung dalam Al-Quran kerana ia adalah kalam Allah. Allah SWT itu maha hebat tindakannya, dan jika Allah murka tidak ada siapapun yang dapat melepaskan diri. Mereka yang diseksa, adalah mereka yang degil atas kejahatan atau kekafiran mereka. dan mereka pula tidak mahu bertaubat.

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). (Ali-Imran:4)

Jalan Yang Selamat Diterangkan Dalam Quran

Israa [41] Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

Allah telah banyak memberi peringatan kepada manusia di dalam Al-Quran supaya beriman kepadanya demi untuk keselamatan manusia.

Quran Dipermudahkan Untuk Manusia

Orang kafir mengatakan quran bukan dari Allah kerana perumpamaan yang digunakan terlalu mudah seperti “malam dan siang”, “celik dan buta”. Allah tidak malu membuat contoh yang ringan supaya manusia mudah faham. Kalau Allah nak tunjuk ketinggian ilmunya, manusia tidak akan faham. Allah juga telah memudahkan Al-Quran melalui lidah atau secara lisan melalui Nabi Muhammad s.a.w.:

Ad-Dukhan [58] Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya).

Iktiqad, tauhid atau akidah adalah passport untuk kita bertemu Allah di syurga dan amalan kita adalah perbelanjaan untuk ke sana.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: