Rahmat Allah Untuk Ke Syurga

Allah SWT menjamin syurga balasan syurga bagi mereka yang beriman dan beramal soleh. Namun bukanlah amalan seseorang itu yang memasukkannya ke dalam syurga tetapi rahmat Allah SWT. Syarat untuk mendapat rahmat Allah ialah dengan tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan larangannya. Rahmat Allah juga meliputi seluruh orang Islam yang ikhlas dalam beramal, menjaga lidahnya dan menyelamatkan Muslim yang lain. Sayangilah Allah kerana apabila Allah menyayangi seseorang, maka dia akan diberikan rahmat untuk dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT. . 

Rahmat Allah

Daripada Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim). 

Hadith riwayat Abu Hurairah ra.: Rasulullah saw. bersabda: Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw. menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar

Rahmat Allah Kepada Mereka Yang Ikhlas Dalam Beramal. 

Allah melihat kepada keikhlasan sesorang dalam melakukan amalan. Hati hendaklah baik dan ikhlas samada dalam hubungan dengan Allah juga dalam hubungan sesama manusia. Bahkan manusia tidak akan menerima persahabatan yang tidak ikhlas, misalnya persahabatan hanya untuk sesuatu kepentingan.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menerima apa-apa amalan melainkan amalan yang dilakukan khas untuknya dan diharapkan supaya Allah memperkenankannya” (Riwayat An-Nasai melalui Abu Umamah). 

Rahmat Allah Kepada Mereka Yang Menjaga Lidahnya

Kurangkanlah bercakap perkara-perkara yang lagha.. Gunalah lidah untuk memberi nasihat atau membaca quran atau berzikir. Tinggalkan majlis yang dipenuhi gelak ketawa, lawak jenaka, nyanyian dan gurauan kerana syarat untuk masuk ke syurga ialah menjauhkan dari perkara yang lagha (melalaikan).

Allah merahmati seorang hamba yang menuturkan kebaikan maka dia mendapat keuntungan, atau dia diam tidak menuturkan perkara yang buruk, maka dia selamat (Riwayat Ibnu Mubarak melalui Khalid Ibnu Abu Imran). Allah merahmati orang yang memelihara lisannya dan dia mengenal masanya serta berpendirian teguh (Riwayat Dailami melalui Ibnu Abbas r.a.). 

Rahmat Allah Melalui Ibadah Sunat

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda “Allah merahmati orang yang bangun pada waktu malam dan mengejutkan isterinya untuk sembahyang. Jika isterinya payah sedar ia merenjiskan air di wajahnya. Dan Allah merahmati isteri yang bangun waktu malam bersembahyang dan mengejutkan suaminya (agar beribadah). Jika suaminya enggan (liat) untuk bangun maka ia merenjiskan air diwajahnya.” (Riwayat Abu Daud)

Daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah merahmati orang yang solat sunat empat rakaat sebelum solat Asar.”( Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi ). 

Rahmat Allah Kepada Mereka yang Menyelamatkan Orang Islam Lain

Allah Subhanahu WaTaala merahmati (mengasihani) sesorang yang membuang sesuatu yang menyakitkan (atau menjadi halangan) dari jalan diatas niat untuk menyelamatkan orang Islam lain. Begitulah tingginya makam (kedudukan) orang Islam disisi Allah SWT.

Rasulullah Sallallaahu Alayhi Wa sallam bersabda “Seseorang lelaki menemui ranting yang berduri di tengah jalan (yang dilaluinya), lalu ia berkata (kepada dirinya sendiri), “Demi Allah, aku benar-benar akan menjauhkan (membuang) duri ini agar tidak menggangu orang-orang muslim”, kerana itu dia dimasukkan ke syurga.(Riwayat Muslim)

 

 

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: