Rumah Ibadah Yang Pertama

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. (Ali-Imran: 96)

Baitullah merupakan rumah Allah dan tempat untuk umat Islam berulang-alik mengumpul pahala dan membersihkan kotoran jiwa.

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud. (Baqarah:125)

 Antara kelebihan Masjidil Haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (100,000) gandaan pahala sembahyang di masjid lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.

Rasulullah pernah bersabda: “Kaabah itu kiblat bagi orang yang di dalam masjid, dan masjid itu bagi orang yang di Tanah Haram (Makkah), dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi)

Baitullah atau Kaabah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman.

…dan hendaklah mereka tawaf akan Baitil Atiq (Hajj:29). 

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim) </span>

 Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana. 

Baqarah[97]…….dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia.

Tuhan Yang Menguasai Rumah Itu

An-Naml [91] (Katakanlah wahai Muhammad): Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembahAllah Tuhan negeri (Mekah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan Yang Menguasai segala-galanya dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya),

Quraish[3] Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini. 

Hakikatnya Allah adalah tuhan kepada semua negeri, namun disebut negeri Mekah atau Tanah Haram sebagai penghormatan kepada negeri terletaknya rumah Allah iaitu Kaabah (Baitullah).

Baitullah Disyahidkan
Riwayat dari Sayyidina Ali r.a., Nabi s.a.w bersabda, ” Allah Ta’ala telah berfirman
“Apabila aku hendak membinasakan dunia, aku mulai dengan rumahku (Baitullah), maka aku binasakan ia dan kemudian aku binasakan dunia atas bekasnya.” (Ihya)

Baitullah atau Kaabah adalah hati dunia. Ia adalah tempat yang mula-mula timbul setelah dijadikan Bumi. Sepertimana hati atau jantung manusia, apabila ia sakit dan tidak berfungsi maka matilah manusia. Begitu juga dunia, apabila jantungnya iaitu Baitullah binasa, binasalah dunia.

Pada masa itu orang Islam sudah tiada. Maka tiada lagi orang dapat mengambil faedah darinya (Baitullah). Lalu dibinasakan Kaabah kerana khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi.

 

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: