Ilmu itu Kehidupan Islam dan Tiang Iman

Ilmu merupakan kehidupan Islam dan tiang iman, sesiapa yang memiliki sesuatu ilmu nescaya Allah menyempurnakan pahalanya. Dan sesiapa yang belajar ilmu lalu mengamalkannya, nescaya Allah mengajarkan kepadanya ilmu-ilmu yang tidak ia ketahui (Riwayat Abu Syekh)

Ilmu merupakan kehidupan Islam

Ilmu yang terkandung dalam ajaran Islam meliputi seluruh aspek kehidupan termasuklah kepercayaan, amalan dan akhlak. Bahkan ilmu tentang cara berniaga atau bisnes yang betul juga turut diajar seperti jujur dan amanah dalam bisnes atau apa jua pekerjaan.

“Sesiapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di dunia, hendaklah dengan ilmu. Sesiapa yang menghendaki (kejayaan) hidup di akhirat, hendaklah dengan ilmu dan siapa yang menghendaki kedua-duanya (kejayaan hidup di dunia dan akhirat) hendaklah dengan ilmu”.(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Ilmu merupakan tiang iman

Melalui ilmu tauhid, manusia mengenal tuhannya. Oleh kerana kita tidak mengenal Allah secara zahir, maka kita hanya boleh mengenalinya melalui sifat-sifatnya. Misalnya melalui belajar mengenalinya samada melalui sifat 20 atau melalui nama-namanya (Asmaul husna), kedua-duanya dari Al-Quran. Sifat-sifat Allah bukanlah terhad kepada 20 sahaja, cuma yang pokoknya sahaja dibincangkan dalam sifat 20. Apabila seseorang itu mengenal tuhannya, maka bertambahlah iman dan keyakinannya.

Kunci Ilmu

Ilmu merupakan perbendaharaan, kuncinya adalah bertanya, kerana itu bertanyalah, semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kamu. Sehubungan dengan perkara ini ada 4 golongan yang diberikan pahala iaitu, orang yang bertanya (pelajar)’ orang yang mengajar (guru); orang yang mendengar ilmu, dan orang yang mencintai ketiga-tiganya (Riwayat Abu Naim)

Advertisements
Dikirim dalam Uncategorized. 1 Comment »

Satu Respons to “Ilmu itu Kehidupan Islam dan Tiang Iman”

  1. Cik Ara Says:

    assalam…wbt
    saye ada satu pertanyaan kemusykilan kehidupan saya yang sudah lama saye pendamkan…
    Yang saye ingin bertanye kepada Tuan…


Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: