Bila Kematian Anak

Dari Abi Musa Al ‘Asy’ari : Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda, “Apabila mati anak seorang hamba, Allah berfirman kepada para Malaikat-Nya, ‘Kamu telah ambil anak dari hamba-Ku ?’ Jawab mereka, ‘Ya.’ Maka Allah berfirman, ‘Kamu telah ambil buah hatinya?’ Mereka menjawab,’Ya.’ Maka Allah berfirman,’Apa yang diucapkan hamba-Ku?’ Jawab mereka,’ Ia memuji Engkau dan istirja (Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un).’ Maka Allah berfirman, ‘Bangunkanlah untuk hamba-Ku satu rumah di syurga dan namakanlah rumah tersebut dengan baitul hamdi (rumah pujian).’ (Riwayat Tirmidzi)

Malaikat Izrail Pencabut Nyawa

Malaikat yang dimaksudkan disini ialah Malaikal Maut. Dalam hadith ini disebut ‘mereka’ kerana bilangannya yang ramai. Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa.

Syurga Untuk Anak-Anak Yang Dimatikan

Anak kecil yang meninggal dunia akan dimasukkan ke dalam syurga akan memberi syafaat kepada ibubapanya yang muslim. Walaupun ibubapanya bakal memasukki neraka, anak itu berupaya menarik mereka ke dalam syurga dengan izin Allah. Anak kecil (yang meningal sebelum baligh) dari golongan kafir juga dimasukkan ke dalam syurga, namun tidak boleh memberi pertolongan kepada ibubapanya yang kafir.

Penjaga Anak-Anak Yang Dimatikan

Rasulullah s.a.w. bersabda “Anak-anak kaum mukmin berada di gunung syurga, mereka dipelihara oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Siti Sarah hingga mereka dikembalikan kepada orang tua masing-masing di hari Kiamat. (Riwayat Baihaki melalui Abu Hurairah)

Balasan Sabar Atas Kematian Anak.

Ibubapa yang sabar dengan kematian itu disediakan sebuah bangunan mahligai di syurga. Mereka menerima hakikat bahawa anaknya telah kembali kepada Allah. Dari Allah anak itu datang, kepadanya dia kembali. Kata orang “Allah lebih menyayanginya”, kerana itu dia dikembalikan kepada Allah.Rasulullah juga mengalami kesedihan

Sunnah Mengalirkan Airmata Atas Kematian

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga mengalirkan air matanya apabila anaknya Ibrahim meninggal dunia. Adalah sunnah mengalirkan airmata bila kematian seseorang namun tidaklah sampai meratapi atau mengeluarkan suara yang kuat.

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: