Bila Mati Anak Adam

Rasulullah SAW bersabda :“Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya (Riwayat Muslim).

Bila Mati Terputuslah Amalan Manusia (Tidak Dapat Beramal Lagi)

Apabila kita meninggal dunia, terputuslah amalan kita secara praktikalnya kerana kita sudah tidak boleh beribadah lagi. Tiada lagi sembahyang, puasa dan lain-lain.

Pahala Yang Mengalir Ke dalam Akaun Simati Secara Berterusan

Ada empat perkara yang mengalir pahalanya setelah pelakunya meninggal dunia, yaitu, orang yang meninggal ketika menjaga sempadan negara Islam dalam perjuangan di jalan Allah (murabith), orang yang mengajarkan ilmunya, senantiasa mengalir pahala baginya, orang yang memberikan sedekah akan mengalir pahala sedekahnya di mana saja sedekah itu berada dan orang yang meninggalkan anak yang soleh dan anak tersebut selalu berdoa untuk kebahagiaannya.” (Riwayat Thabrani).

Pahala Sedekah Yang Ikhlas dan Halal Akan Masuk Akaun Simati Secara Berterusan

Sedekah jariah ertinya, sedekah yang mengalir. Ertinya bahan sedekah kita itu, selama ia masih diguna dan dimanfaatkan, walaupun kita telah meninggal dunia, pahalanya tetap mengalir masuk dalam akaun kita. Sedekah itu hendaklah ikhlas (semata-mata kerana Allah) dan dari sumber yang halal. Contohnya sedekah untuk membina masjid, menderma sajadah, membeli buku pelajaran dan sebagainya.

Pahala Ilmu Yang Baik Yang Diajar Akan Masuk Akaun Simati Secara Berterusan

Ilmu yang baik yang diperturunkan itu juga menjadi amal jariah (amal yang mengalir pahalanya walaupun setelah kita meninggal dunia)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.” (Riwayat Muslim)

Doa Anak Soleh Juga Masuk Akaun Simati

Perkara yang ketiga ialah anak soleh yang berdoa untuknya. Walaupun hadith ini cuma menyebut tentang anak yang berdoa untuk bapanya, ia tidak menafikan doa seorang anak untuk ibunya, datuknya, neneknya, doa di antara adik beradik dan doa seorang suami kepada isteri atau sebaliknya, sepertimana firman Allah yang mengajar kita supaya berdoa kepada para senior:

Hasyr [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam imandan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

Advertisements

Kemusykilan atau pertanyaan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: